Page 9 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 9
Pendidikan Seni Visual Tajuk 2 Seni Lukisan
5. Contoh lukisan aliran Baroque:
Tajuk
2
‘Head of Women II oleh ‘Portrait of a Man’ (1630 – 1635)
Peter Paul Rubens oleh Diego Velazquez
INFO
INFO SENI
Dalam konteks sejarah seni, istilah Baroque bermaksud sesuatu yang kompleks, rumit atau tidak sama dan
umumnya merujuk peningkatan maksud emosional serta komposisi berlebih-lebihan, selepas era Renaissance
yang disifatkan terkawal.
C Rococo (1710 – 1790)
1. Pada awal abad ke-18, aliran ini muncul di Perancis. Saiz hasil karya yang dihasilkan pada zaman
ini lebih kecil.
2. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah François Boucher, Louis-Jean-François Lagrenée, Thomas
Gainsborough, Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard, Giovanni Battista Tieplo, Jean-Baptise
va Loo, Jean Franuçis de Troy dan Nicolas Lancret.
3. Unsur seni yang bertindih-tindih diaplikasikan dalam penghasilan karya lukisan aliran ini.
Penekanan dibuat untuk keseimbangan antara bentuk, garisan, jalinan dengan cahaya dan
warna. Media yang digunakan adalah seperti pastel, arang dan kapur.
4. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan
gosokan. Pelukis gemar menggunakan warna yang lembut dan kurang memberikan tumpuan
kepada aspek latar belakang karya.
5. Tema yang digunakan lebih ringan berbanding aliran sebelumnya. Tumpuan pelukis pada era ini
dalam lukisan potret ialah pemandangan dan kehidupan, khususnya berkaitan dengan golongan
bangsawan.
23

