Page 11 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 11
Pendidikan Seni Visual Tajuk 2 Seni Lukisan
E Romantisisme (1782 – 1830)
1. Pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19, aliran Romantisisme muncul di Eropah.
2. Ciri aliran romantisme membawa kesan dramatis kerana pelukis benar-benar meluahkan
perasaan yang dirasai. Gabungan warna-warna menjadi dominan yang memberikan warna gelap
dan terang membuatkan kesan dramatis sangat jelas.
3. Theodore Gericault merupakan seniman lukis romantisisme besar dari Perancis. Selain itu, tokoh
yang bernama Eugene Delacroix memiliki ciri khas dalam lukisannya yang dapat dilihat daripada Tajuk
emosi yang ditonjolkan di dalam bentuk goresan lukisan dan warna yang dipilih.
4. Ciri-ciri karya seni lukisan romantisisme ialah lebih mudah difahami, mengandungi cerita yang 2
dahsyat dan penuh penjiwaan, dinamis, warna yang diaplikasi pula bersifat kontra dan meriah
serta dapat menyentuh perasaan, keindahan melebihi kenyataan.
5. Aliran ini lebih cenderung kepada lukisan alam seperti pepohon atau lautan. Antara tiga perkara
yang mempengaruhi sesebuah lukisan romantisme ialah:
(a) Kemurungan (mengekspresi perasaan murung dan sedih yang mendalam seperti keadaan
hujan atau kehancuran)
(b) Eksotik (menggambarkan eksotik yang sangat indah dan menakjubkan)
(c) Konservatif (memperlihatkan keindahan masa lalu, supaya nilai-nilai masyarakat di masa
lalu tidak hilang dengan adanya penubuhan zaman yang semakin maju)
6. Pastel, kapur, arang, pen dan dakwat merupakan media yang digunakan dalam penghasilan
karya aliran ini. Teknik yang digunakan ialah garisan selari, silang pangkah dan gosokan.
7. Contoh lukisan aliran romantitisme:
‘Self Potrait’ (1800) oleh Caspar ‘Germaine de Stael Portrait’ (1810) oleh
David Friedrich Jean Baptiste Isabey Louvre
25

