Page 10 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 10
Pendidikan Seni Visual Tajuk 2 Seni Lukisan
6. Contoh lukisan Rococo:
Tajuk
2
‘Winged Putti with Flowers’ (1750)
oleh François Boucher
‘Seated Young Women’ (1716)
oleh Antoine Watteau
D Neoklasisisme (1740 – 1835)
1. Pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19, aliran ini merupakan aliran utama seni visual
di Eropah. Aliran ini mendasari usaha untuk mempertingkatkan moral dan menyemarakkan
sikap patriotik dalam kalangan rakyat. Mereka cuba menghidupkan kembali kegemilangan era
klasik melalui mata pelajaran Sejarah, Hikayat Rom dan Hikayat Yunani.
2. Neoklasisisme Eropah dalam seni visual bermula pada C.1760
dalam menentang gaya Baroque dan Rococo.
3. Anton Raphael Mengs, Joseph Wright dan Antoine-Jean Gros
merupakan pelukis-pelukis terkenal aliran ini.
4. Karya aliran ini mempunyai komposisi yang diasaskan oleh
pelbagai garisan. Garisan tersebut digunakan secara terperinci
atau secara kasar yang menampakkan garis-garis bersih, jelas
dan tepat.
5. Pastel, kapur, arang, pen dan dakwat merupakan media yang
digunakan dalam penghasilan karya aliran ini. Teknik yang
biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah
(crosshatching), gurisan dan gosokan.
6. Bentuk figura manusia yang ideal diberikan tumpuan dalam
kandungan karya aliran ini. Pelukis gemar menggambarkan
sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka ‘Study of an Unknown Man’
berada pada abad ke-18. (c.1751–7) oleh Joseph Wright
24

