Page 7 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 7
Pendidikan Seni Visual Tajuk 2 Seni Lukisan
Tajuk
2
Lukisan Zaman Batu di Chauvet, Perancis
Lukisan anatomi oleh Leornado Da Vinci
2.2 Seni Lukisan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Apek Aliran, Gaya,
Pelukis dan Karya
A Renaissance (1350 – 1600)
1. Aliran Renaissance bermula pada abad ke-14 dan berakhir pada abad ke-17.
2. Kebanyakan karya lukisan yang dihasilkan menggunakan media pen, dakwat, kapur, arang dan
pastel atau gabungan berus dengan pen.
3. Raphael, Titian, Giorgio Varsari, Massachio, Giotto, Sandro Botticelli dan Michelangelo Buonarroti
merupakan pelukis-pelukis aliran ini.
4. Pelbagai teknik seperti garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan
digunakan dalam penghasilan karya aliran ini.
5. Pelukis menggunakan satah yang jelas pada latar belakang dan garisan menegak. Setiap figura
diletakkan secara berasingan dengan menggunakan komposisi yang bersifat dinamik.
6. Kebanyakan karya aliran ini menggambarkan potret dan figura manusia serta latar belakang
berbentuk realistik. Tema yang menjadi pilihan ialah keagamaan, mitologi dan sejarah.
21

