Page 4 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 4
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
BAB BAB
1 PENGENALAN 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
PENGENALAN
Bidang makroekonomi ialah kajian ekonomi secara menyeluruh atau agregat. Dalam bab ini, kita akan
melihat aktiviti pelaku ekonomi isi rumah, firma, kerajaan, dan sektor luar negara secara keseluruhan
dalam aliran pusingan pendapatan negara. Selain itu, isu makroekonomi yang terdiri daripada inflasi,
pengangguran, pertumbuhan ekonomi, dan imbangan pembayaran juga diperkenalkan dalam bab ini. Bab
ini menggariskan mengapa isu makroekonomi yang disebut perlu ditangani dan mencadangkan secara
ringkas langkah mengatasi isu tersebut. Bab ini juga memperkenalkan beberapa petunjuk makroekonomi
seperti KNK, kitaran perniagaan, kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar bunga, kadar pertumbuhan
ekonomi, akaun dagangan, dan akaun semasa. Para pelajar akan ditunjukkan dengan cara pengiraan
petunjuk makroekonomi tersebut dan mengetahui makna setiap petunjuk tersebut.
Peta Konsep
PENGENALAN
Aliran Pusingan Isu Makroekonomi Petunjuk
Pendapatan Negara Makroekonomi
Pelaku ekonomi empat • Inflasi • KNK
sektor: • Pengangguran • Kitaran perniagaan
• Isi rumah • Pertumbuhan ekonomi • Kadar inflasi
• Firma • Imbangan pembayaran • Kadar pengangguran
• Kerajaan • Kadar bunga
• Sektor luar negara • Kadar pertumbuhan ekonomi
• Akaun dagangan
• Akaun semasa
1

