Page 8 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 8

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan

                       1.2  Isu Makroekonomi                                          Hasil Pembelajaran       BAB
                                                                                     •  Mengenal pasti isu
                Isu makroekonomi melibatkan beberapa pemboleh ubah utama, iaitu:       makroekonomi dan       1
                                                                                       menggariskan mengapa
                (a)  Inflasi                                                           isu itu perlu ditangani.
                (b)  Pengangguran                                                    •  Mencadangkan secara
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                (c)  Pertumbuhan ekonomi                                               ringkas langkah mengatasi
                                                                                       isu tersebut.
                (d)  Imbangan pembayaran.
                Inflasi                                                               STPM  ’13
                Maksud dan Pengukurannya

                  1  Inflasi merupakan suatu keadaan yang menunjukkan kenaikan tingkat
                    harga umum secara berterusan dalam tempoh masa tertentu.

                  2  Disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di pasaran adalah
                    tidak sama, maka inflasi dapat dihitung dengan menggunakan indeks   Sekiranya indeks harga
                    harga pengguna (IHP) dengan rumus berikut:                       pengguna tahun 2018 ialah 106
                                                                                     dan indeks harga tahun 2017
                                                                                     ialah 100. Hitung kadar inflasi
                                         IHP  – IHP                                  pada tahun 2018.
                           Kadar inflasi  =   1    0   × 100
                                            IHP 0
                           dengan  IHP  = Indeks harga pengguna tahun semasa
                                     1
                                  IHP  = Indeks harga pengguna tahun sebelum
                                     0
                  3  Inflasi dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
                    (a)  Inflasi tarikan permintaan  –  berpunca  daripada  lebihan
                        permintaan masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan di
                        pasaran.                                                     Berasaskan kadar atau darjah
                    (b)  Inflasi tolakan kos – berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran.   inflasi, inflasi boleh dibahagikan
                        Misalnya kenaikan upah buruh dan kenaikan bahan mentah.      kepada:
                                                                                     (a)  Inflasi sederhana – kadar
                    (c)  Inflasi import – berpunca daripada kenaikan harga barang yang   inflasi yang berlaku antara
                        diimport sama ada barang siap atau barang separuh siap.        2% – 3%.
                                                                                     (b)  Inflasi merangkak/merayap
                Sebab-sebab Inflasi Perlu Ditangani                                    – kadar inflasi yang berlaku
                                                                                       antara 4% – 5%.
                  1  Kos sara hidup meningkat                                        (c)  Inflasi melampau/
                    Apabila berlaku inflasi, pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan   hiperinflasi – kadar inflasi
                    yang lebih tinggi untuk mendapatkan kuantiti barang dan perkhidmatan   terlalu tinggi sehingga
                                                                                       mencapai beberapa ratus
                    yang sama. Keadaan ini akan menyebabkan kos sara hidup pengguna    peratus.
                    meningkat.
                  2  Kuasa beli menurun
                    Kuasa membeli pengguna akan menurun apabila berlaku inflasi. Ini
                    adalah kerana jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli oleh
                    pengguna adalah lebih sedikit dengan menggunakan jumlah wang yang
                    sama.
                  3  Taraf hidup merosot
                    Apabila berlaku inflasi, harga  umum  meningkat. Maka,  pendapatan
                    benar isi rumah merosot. Oleh itu, semakin sedikit jumlah barang dan
                    perkhidmatan yang boleh dinikmati oleh pengguna. Hal ini menunjukkan
                    taraf hidup pengguna semakin merosot.



                                                                                                         5
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13