Page 6 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 6
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
(iv) Seperti isi rumah, firma juga perlu membayar cukai kepada
kerajaan mengikut kadar yang ditetapkan. BAB
(v) Firma juga mengeksport barang-barang dan perkhidmatan ke
luar negara dan mengimport barang-barang dan perkhidmatan 1
dari luar negara.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
5 Kerajaan
(a) Kerajaan merupakan pemerintah sebuah negara. Kerajaan
merupakan pelaku ekonomi yang penting apabila perlu campur
tangan dalam aktiviti ekonomi.
(b) Peranan kerajaan dalam ekonomi empat sektor:
(i) Kerajaan mengutip cukai daripada sektor isi rumah dan firma.
Kutipan cukai ini merupakan hasil kepada kerajaan. Jelaskan maksud pelaku
(ii) Kerajaan melakukan perbelanjaan dengan membeli barangan ekonomi berikut:
(a) Isi rumah
yang dikeluarkan oleh firma, membeli faktor pengeluaran (b) Firma
daripada isi rumah, dan membiayai perbelanjaan kerajaan yang (c) Kerajaan
lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan pembangunan. (d) Luar negara
6 Luar negara
(a) Sektor luar negara merujuk kepada negara asing. Sektor ini
melibatkan aktiviti perdagangan antarabangsa yang melepasi
sempadan sebuah negara.
(b) Sektor luar negara melibatkan aktiviti eksport dan import.
7 Aliran pusingan pendapatan dapat menunjukkan gambaran ringkas STPM ’15
tentang aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh pelaku-pelaku ekonomi.
8 Secara ringkasnya, aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi empat
sektor dapat diterangkan berdasarkan rajah berikut:
(a) Pendapatan faktor
(e) Perbelanjaan kerajaan (e) Perbelanjaan kerajaan Berdasarkan aliran pusingan
Kerajaan pendapatan, dapatlah
(d) Cukai (d) Cukai dibuat kesimpulan bahawa
perbelanjaan agregat (AE)
sesebuah negara melibatkan
Isi rumah (c) Tabungan Institusi kewangan (c) Pelaburan Firma perbelanjaan isi rumah (C),
pelaburan firma (I), perbelanjaan
kerajaan (G), dan eksport bersih
(X – M). Maka perbelanjaan
agregat boleh ditulis seperti
(g) Eksport berikut:
Sektor luar negara
(f) Import
(f) Import AE = C + I + G + (X – M)
(b) Perbelanjaan penggunaan
Rajah 1.1 Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi empat sektor
9 (a) Berdasarkan Rajah 1.1, isi rumah menawarkan faktor pengeluaran
(buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada firma melalui pasaran
faktor. Sebagai ganjarannya, isi rumah menerima pendapatan faktor
(upah, sewa, bunga, dan untung) daripada firma.
3

