Page 7 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 7
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
(b) Firma akan menggunakan faktor-faktor pengeluaran tersebut
BAB Mengikut pendekatan suntikan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan melalui pasaran
1 dan bocoran, pelaburan (I), barang. Isi rumah akan menggunakan sebahagian pendapatan faktor
perbelanjaan kerajaan (G), dan untuk membeli barang dan perkhidmatan (aliran perbelanjaan
eksport (X) merupakan suntikan penggunaan).
(aliran masuk) ke dalam (c) Pendapatan yang tidak digunakan untuk perbelanjaan penggunaan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
aliran pusingan pendapatan
yang dapat menambahkan oleh isi rumah akan ditabungkan dalam institusi kewangan dan
pendapatan negara, manakala tabungan ini akan dipinjamkan kepada firma untuk tujuan
tabungan (S), cukai (T), dan pelaburan.
import (M) merupakan bocoran
(aliran keluar) daripada (d) Isi rumah dan firma menggunakan sebahagian pendapatan mereka
aliran pusingan pendapatan untuk membayar cukai kepada kerajaan.
yang akan mengurangkan (e) Kerajaan pula membelanjakan hasil cukai yang diperoleh untuk
pendapatan negara.
Ekonomi mencapai membeli barangan yang dikeluarkan oleh firma, membayar gaji
keseimbangan apabila suntikan kepada kakitangan awam, dan membiayai perbelanjaan kerajaan
sama dengan bocoran. yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan pembangunan.
I + G + X = S + T + M (f) Isi rumah juga membelanjakan sebahagian pendapatan mereka
untuk membeli barang dan perkhidmatan luar negara, begitu
juga dengan firma. Firma mengimport barang modal dan barang
perantaraan lain dari luar negara. Perbelanjaan ini ditunjukkan oleh
aliran import.
(g) Barang yang dikeluarkan oleh firma juga digunakan oleh sektor
luar negara. Perbelanjaan oleh sektor luar negara terhadap barang
dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negeri ditunjukkan oleh
aliran eksport.
10 Berdasarkan Rajah 1.1, aliran fizikal yang melibatkan pergerakan
barang dan perkhidmatan serta faktor pengeluaran terdiri daripada:
(a) Isi rumah membekalkan faktor-faktor pengeluaran kepada sektor
firma dan kerajaan.
(b) Firma dan kerajaan menggunakan faktor-faktor pengeluaran
tersebut untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan
yang diminta oleh isi rumah.
(c) Firma mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara asing.
(d) Isi rumah dan firma mengimport barang dan perkhidmatan dari
sektor luar negara.
11 Berdasarkan Rajah 1.1, aliran wang yang melibatkan pergerakan
pendapatan dan perbelanjaan terdiri daripada:
Jelaskan aliran wang dalam (a) Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah daripada firma
ekonomi empat sektor.
seperti upah, sewa, bunga, dan untung.
(b) Perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh isi rumah kepada
firma terhadap barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma.
(c) Tabungan yang dibuat oleh isi rumah.
(d) Pelaburan yang dilakukan oleh firma.
(e) Cukai yang dibayar oleh isi rumah dan firma kepada kerajaan.
(f) Perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan.
(g) Perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah dan firma
terhadap barang dan perkhidmatan dari negara asing (import).
(h) Perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor luar negara terhadap
barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negeri (eksport).
4

