Page 9 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 9
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
4 Nilai wang merosot
BAB Inflasi menyebabkan harga umum meningkat. Dengan jumlah wang
1 yang sama, semakin sedikit jumlah barang dan perkhidmatan dapat
diperoleh. Keadaan ini menyebabkan nilai mata wang semakin merosot.
5 Tabungan benar jatuh
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Semasa inflasi, pengguna terpaksa menggunakan lebih banyak wang
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Keadaan ini
menyebabkan pengguna tidak mempunyai wang yang berlebihan untuk
membuat tabungan. Maka tabungan benar jatuh.
6 Kadar pertukaran asing terjejas
Inflasi menyebabkan harga barang import adalah relatifnya lebih
murah. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap barang import
meningkat. Maka permintaan mata wang asing turut meningkat.
Akibatnya kadar pertukaran asing jatuh.
Langkah Mengatasi Inflasi
’11 STPM
1 Dasar kewangan
Inflasi dapat dikawal melalui dasar kewangan yang ketat. Melalui operasi
pasaran terbuka misalnya penjualan bil perbendaharaan atau bon
kerajaan kepada institusi kewangan dan orang ramai. Selain itu, bank
pusat boleh meningkatkan kadar bunga bank perdagangan terhadap
pinjaman, meningkatkan rizab berkanun, menambahkan penjualan
surat-surat jaminan jangka panjang dan menjalankan kawalan kredit
terpilih. Semua langkah ini akan mengurangkan penawaran wang di
pasaran. Apabila penawaran wang di pasaran berkurang, kuasa beli
masyarakat pengguna jatuh. Hal ini dapat mengurangkan tekanan
terhadap harga barang dan perkhidmatan di pasaran.
Langkah mengatasi inflasi: 2 Dasar fiskal
• Dasar kewangan ketat Inflasi juga dapat dikawal melalui dasar fiskal dengan menjalankan dasar
• Dasar belanjawan lebihan
• Dasar kawalan langsung belanjawan lebihan. Kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan
kerajaan atau meningkatkan kadar cukai. Langkah seumpama ini akan
mengurangkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mengurangkan
tekanan terhadap harga barang di pasaran. Maka, inflasi dapat
dikawal.
3 Dasar kawalan langsung
Inflasi juga dapat dikawal melalui pelaksanaan dasar kawalan harga,
kawalan upah, meningkatkan keluaran, dasar catuan, dan kawalan ke
atas eksport dan import. Pelaksanaan dasar seumpama ini dengan cara
yang sesuai boleh mengawal keadaan inflasi.
Pengangguran
’11 STPM Maksud dan Pengukurannya
1 Pengangguran merupakan satu keadaan apabila terdapat golongan
tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat sebarang
pekerjaan.
6

