Page 10 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 10
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
Panduan Menulis Ulasan
Panduan Umum
1. Format penulisan ulasan yang terkini lebih berfokus pada pendapat atau idea calon.
2. Menguji calon dengan kemahiran menulis dan membaca seperti yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
3. Panjang ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
4. Sekiranya jumlah patah perkataan melebihi had yang ditetapkan, markah tidak akan
dipotong.
5. Calon boleh menggunakan teknik P2M2SK ( Pendahuluan, Misalnya, Manakala, Selain itu,
Seterusnya, Kesimpulannya) atau teknik PASAK (Pendahuluan, Antara, Selain itu, Akhir sekali,
Kesimpulannya) untuk menghasilkan ulasan yang cemerlang.
6. Ulasan yang baik mesti mempunyai isi tersurat dan Penting
isi tersirat.
• Calon hendaklah menulis ulasan
7. Tidak ada ketetapan jumlah isi yang perlu berdasarkan pemahaman,
dikemukakan. Calon boleh mengemukakan tiga pandangan, atau pemerhatian dan
bukannya dalam bentuk penceritaan.
atau empat isi atau lebih.
Teknik Menjawab Soalan Ulasan (Bahagian B)
1. Baca dan fahami arahan soalan. Garisi kata kunci soalan.
2. Perhatikan bahan grafik atau bahan rangsangan yang diberikan. Tulis kata kunci yang
berkaitan dengan tajuk soalan atau grafik.
3. Bina satu atau lebih perenggan. Kaedah ini akan memudahkan pemeriksa kertas untuk
membuat penandaan markah bagi jawapan calon. Contohnya seperti yang berikut:
Perenggan 1 – Ayat pendahuluan + Isi pertama
Perenggan 2 – Isi kedua + Isi ketiga
Perenggan 3 – Isi tersurat/KBAT + Ayat penutup
4. Kriteria ulasan yang cemerlang:
(i) isi yang tepat, ulasan yang jelas, tersusun, menarik, dan pendapat yang bernas.
(ii) penggunaan kosa kata yang luas (kemahiran mencipta bahasa – KBAT).
(iii) ayat yang gramatis (tiada kesalahan laras ayat dan tiada kesalahan laras bahasa).
(iv) penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul (sifar kesalahan).
5. Selain isi tersurat, isi tersirat juga boleh dinyatakan bagi menyokong isi sedia ada.
6. Calon layak diberikan markah penuh bagi ulasan yang mantap dan tiada kesalahan
tatabahasa.
50
BAHAGIAN B.indd 50 11/10/16 4:30 PM

