Page 15 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 15

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                           3       Keistimewaan Pokok Kelapa
                 Model Lestari UPSR
                                   UPSR
             Peta bulatan di bawah ini menunjukkan keistimewaan pokok kelapa terhadap kehidupan seharian
             manusia.
             Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa tersebut dalam bentuk perenggan.



















                                                    Keistimewaan
                                                     Pokok	Kelapa















                 M  odel  J awapan
                 Model Jawapan


             Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh subur di pesisir pantai yang banyak
             memberikan  manfaat  kepada  manusia.  Antaranya,  air  kelapa  muda  dapat  meredakan  suhu
             badan seseorang yang mengalami demam panas, rasanya juga sungguh sedap.
                  Selain  itu,  daun  kelapa  muda  boleh  dianyam  untuk  dijadikan  ketupat  pada  musim
             perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, batang pokok kelapa dapat dijadikan titi untuk
             menyeberangi longkang, parit, dan anak sungai. Dalam pada itu, isi buah kelapa yang sudah
             matang boleh dijadikan santan atau diproses secara saintifik untuk dijadikan alat-alat kosmetik
             seperti  sabun,  pelembut  kulit,  dan  minyak  rambut.  Manakala,  lidi  kelapa  pula  boleh  dijadikan
             penyapu.
                  Kesimpulannya,  kita  wajar  untuk  memanfaatkan  tumbuhan  ini  dengan  sebaik-baiknya
             kerana pokok kelapa sangat berguna kepada manusia.




               titi – jambatan                               matang – masak; sudah tua


                                                                                                   55






      BAHAGIAN B.indd   55                                                                           11/10/16   4:30 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20