Page 13 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 13
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
1 Piramid Makanan
UPSR
Model Lestari UPSR
Gambar di bawah ini menunjukkan poster piramid makanan.
Tulis ulasan tentang cara-cara untuk menggunakan piramid makanan sebagai panduan kesihatan
dalam bentuk perenggan.
M odel J awapan
Model Jawapan
Piramid makanan dijadikan sebagai panduan kita dalam pengambilan makanan seimbang bagi
menjana kesihatan diri yang unggul. Kita mestilah paling banyak makan makanan seperti bijirin
dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada tubuh. Kita memerlukan tenaga
setiap hari untuk melaksanakan tugasan masing-masing.
Selain itu, kita perlu banyak makan sayur dan buah yang mengandungi vitamin untuk
kesihatan mata, kulit, dan otot. Seterusnya, makanan seperti susu, dadih, keju, ikan, ayam,
daging, dan kekacang pula haruslah diambil dalam kadar yang sederhana. Akhir sekali, makanan
berminyak, berlemak, dan mengandungi garam dan gula yang banyak haruslah diambil paling
sedikit untuk mengelakkan penyakit darah tinggi dan diabetes.
Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi menjamin
kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti slogan Sihat Sepanjang Hayat.
unggul – terbaik, melebihi yang lain diabetes – penyakit kencing manis
Sihat Sepanjang Hayat – kekal sihat sepanjang
masa
53
BAHAGIAN B.indd 53 11/10/16 4:30 PM

