Page 14 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 14

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
                                         2       Carta Piramid Aktiviti Fizikal
                                 UPSR
               Model Lestari UPSR
           Gambar di bawah ini menunjukkan carta piramid aktiviti fizikal untuk setiap individu.
           Tulis ulasan tentang cara-cara mengaplikasikan cadangan yang terkandung dalam carta piramid
           tersebut dalam bentuk perenggan.






                                                      KURANGKAN
                                                    Ketidakgiatan fizikal
                                                    dan tabiat sedentari
                                                   2	–	3	KALI	SEMINGGU
                                                Menyertai aktiviti yang membantu
                                              meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan
                                                     ketahanan otot
                                                   5	–	6	KALI	SEMINGGU
                                      Lakukan mana-mana aktiviti berikut sekurang-kurangnya 5 – 6 hari
                                              seminggu selama lebih kurang 30 minit.
                                           • badminton      • berbasikal
                                           • senaman aerobik  • bola keranjang
                                           • bola sepak     • berenang
                                                      SETIAP	HARI
                                              Bergiat secara aktif melalui pelbagai cara.
                                • menggunakan tenaga        • berkebun
                                • berjalan ke kedai         • berjalan ke pejabat
                                • kerja rumah               • kerap turun naik menggunakan tangga


              M   odel  J awapan
              Model Jawapan


           Slogan Badan	Sihat	Otak	Cergas	membuktikan bahawa kesihatan diri penting dalam memastikan
           kecemerlangan  hidup.  Pelbagai  aktiviti  fizikal  yang  boleh  dilakukan  oleh  individu,  misalnya
           senaman regangan atau latih tubi untuk meningkatkan fleksibiliti, kekuatan, dan ketahanan otot.
           Aktiviti ini boleh dilakukan dua hingga tiga kali seminggu.
                Selain  itu,  kita  perlu  melakukan  senaman  aerobik,  bermain  badminton,  atau  berbasikal
           untuk memperoleh kecergasan jasmani dan rohani. Kita boleh melakukan satu daripada aktiviti
           ini sekurang-kurangnya lima hingga enam kali seminggu, lebih kurang setengah jam setiap sesi.
           Seterusnya, kita wajarlah bergiat aktif setiap hari dengan melakukan kerja-kerja rumah, berkebun
           atau berjalan kaki ke sekolah supaya dapat mengeluarkan peluh, sekali gus dapat mengawal
           berat badan.
                Kesimpulannya, kita haruslah bijak mengamalkan aktiviti fizikal secara lebih terancang dan
           konsisten bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup sepanjang hayat.





             aerobik – sejenis tarian yang berbentuk senaman  Badan	Sihat	Otak	Cergas – kesihatan yang baik
             konsisten – tetap; keselarasan               membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas





              54






      BAHAGIAN B.indd   54                                                                           11/10/16   4:30 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19