Page 11 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 11

Penulisan  UPSR   Bahagian B  Ulasan
              Soalan	contoh

              Poster di bawah ini menunjukkan Kempen Pemakanan Sihat.
              Tulis  ulasan  tentang  keburukan  pengambilan  makanan  ringan  dalam  kalangan  kanak-kanak
              dalam bentuk perenggan.
              Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara	50	hingga	80	patah	perkataan.



                                         Jom Amalkan Pemakanan Sihat
                                                   dan Selamat!!!


                                                            Hindari Makanan Ringan
                                                            •  merosakkan gigi
                                                            •  pembaziran wang
                                                            •  menjejaskan kesihatan
                                                            •  terdedah kepada penyakit







              Model	jawapan

              Makanan ringan seperti keropok, gula-gula, coklat, dan aiskrim merupakan makanan yang tidak
              berkhasiat, namun kanak-kanak sangat menggemarinya. Pengambilan makanan ringan boleh
              merosakkan  gigi.  Kandungan  gula  yang  tinggi  dalam  makanan  tersebut  akan  menyebabkan
              kanak-kanak mengalami gejala sakit gigi.
                   Selain  itu,  makanan  ringan  boleh  menjejaskan  kesihatan  kanak-kanak.  Pengambilan
              makanan  ringan  secara  berlebihan  boleh  mengakibatkan  kanak-kanak  menghidap  penyakit
              kencing manis, obesiti, dan darah tinggi. Seterusnya, makanan ringan juga boleh menyebabkan
              pembaziran  wang.  Kanak-kanak  tidak  lagi  menabung  baki  wang  saku  sekolah,  malah
              menggunakannya untuk membeli makanan ringan. Amalan ini sangat merugikan kerana Jimat
              Cermat Amalan Mulia.

                   Oleh  itu,  ibu  bapa  haruslah  menggantikan  makanan  ringan  dengan  makanan  yang
              berkhasiat seperti buah-buahan. Dengan itu, ibu bapa dapat mengawal pengambilan makanan
              ringan oleh anak-anak supaya mereka kekal sihat dan cergas.







               Untuk menghasilkan ulasan, calon boleh menggunakan:
               •  Kata penegas – perlulah, hendaklah, sewajarnya, haruslah
               •  Kata hubung – supaya, agar, kerana, dengan
               •  Penanda wacana – misalnya, manakala, selain itu, seterusnya, akhir sekali





                                                                                                   51






      BAHAGIAN B.indd   51                                                                           11/10/16   4:30 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16