Page 26 - PBD Plus BM T3 (EG)
P. 26
Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Industri kecil dan sederhana (IKS) harus dimajukan dengan pelbagai langkah agar dapat meningkatkan
ekonomi negara. Khidmat nasihat, modal, dan kursus tentang industri kecil dan sederhana harus dilaksanakan
oleh kerajaan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam IKS. Selain itu, konsep “Satu Daerah Satu
Produk” dapat menggambarkan keistimewaan dan identiti sesebuah daerah. Para pengusaha IKS perlu dibimbing
tentang strategi penjualan dan pemasaran produk melalui laman sosial. Seterusnya, pengusaha industri ini
juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penggunaan teknologi moden. Masyarakat juga
harus digalakkan untuk membeli barangan IKS agar para pengusaha lebih giat mengeluarkan produk
mereka. Di samping itu, media massa dapat mengembangkan industri desa dengan mempromosikan dan
menyebarkan maklumat produk IKS. Industri ini harus dimajukan kerana dapat meningkatkan ekonomi negara.
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang kepentingan pelancongan domestik. Panjangnya ringkasan anda hendaklah Industri
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat Pelancongan
di Malaysia
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kerajaan melancarkan pelbagai kempen untuk menggalakkan rakyat melancong dalam negara. Kita tidak
wajar mengetepikan destinasi pelancongan di negara sendiri apabila ingin bercuti. Apabila kita melancong
dalam negara sendiri, kita berpeluang untuk mengenali kebudayaan dan warisan negara dengan lebih
dekat.
Negara kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi. Sementelahan pula,
masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian kesenian, perayaan, dan makanan.
Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum jika melancong dalam
negara. Oleh yang demikian, timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah air.
Di samping itu, pertambahan bilangan pelancong domestik mampu menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Hal ini secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan. Misalnya,
industri perhotelan, taman tema, restoran, dan pusat beli-belah menawarkan banyak peluang pekerjaan
dan perniagaan. Bagi menjamin pelancongan domestik ini terus menyumbang pendapatan negara, kita
tidak boleh bergantung kepada kemasukan pelancong asing. Pelancong tempatan memberikan impak
yang besar kepada kemajuan industri pelancongan domestik.
Aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Hal ini disebabkan kos melancong dalam negara agak lebih murah berbanding dengan melancong di luar
negara. Oleh itu, ibu bapa mampu membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya
anak-anak. Dalam kesempatan ini, sambil berseronok ketika mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan
pilihan, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak.
Bestari Kata
Pelancongan domestik mampu memacu ekonomi negara yang
memberangsangkan. Pada masa yang sama, aktiviti melancong dapat • domestik – hal dalam
negeri
menyemai semangat patriotik yang seterusnya memperkukuh jati diri rakyat. • wadah – saluran untuk
Oleh itu, industri pelancongan domestik hendaklah disokong oleh rakyat melakukan sesuatu
demi kelestarian industri berkenaan. • kelestarian – keaslian
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 112
04 Maklumat BM TG3.indd 112 11/11/2022 7:51 AM

