Page 11 - Hybrid PBD 2022 Form 5 - Mathematics
P. 11
Cadangan PdPc
1. Guru akan menerangkan contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan pembesaran yang terdapat dalam buku teks
Matematik Tingkatan 5.
2. Guru akan meminta murid membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
3. Aktiviti pertama yang perlu dijalankan ialah membentuk peta buih untuk menunjukkan kefahaman tentang keserupaan dan
pembesaran.
4. Aktiviti kedua ialah Showdown yang memerlukan setiap ahli menulis satu jawapan atau penyelesaian kepada masalah yang
berkaitan dengan pembesaran.
5. Pada masa yang ditetapkan, semua ahli perlu menunjukkan jawapan yang dibuat secara serentak.
6. Setiap ahli akan membetulkan dan mengukuhkan jawapan ahli kumpulan yang lain.
7. Selepas menjalankan aktiviti pertama dan kedua, murid diminta menyiapkan buku kerja pada halaman 98 - 106 sebagai
aktiviti kepada latihan pengukuhan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
5.3 Gabungan 5.3.1 Menentukan imej dan objek bagi suatu gabungan S17 TP3
Transformasi transformasi.
Buku Teks S18 TP3
m.s 149 - 160
S19 TP3 107 - 112
S20 TP3
S21 TP3
5.3.2 Membuat dan menentusahkan konjektur tentang
sifat kalis tukar tertib terhadap gabungan S22 TP3 113 - 114
transformasi.
5.3.3 Memerihalkan gabungan transformasi. S23 TP5 115 - 116
5.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan
transformasi. S23 TP5 115 - 116
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, kalkulator Simultaneous Round Table Mengaplikasi
EMK i-THINK Nilai Murni
Kreativiti dan inovasi Peta dakap Bertanggungjawab, bekerjasama
Cadangan PdPc
1. Guru akan mengajar murid tentang gabungan transformasi dengan menggunakan contoh-contoh soalan yang terdapat
dalam buku teks Matematik Tingkatan 5.
2. Murid-murid dikehendaki menyiapkan latihan yang disediakan dalam buku kerja pada halaman 107 - 116.
3. Guru akan memberikan tunjuk ajar jika murid tidak memahami cara menyelesaikan soalan-soalan tertentu.
4. Selepas melengkapkan semua soalan dalam buku kerja tersebut sama ada dalam kelas atau sebagai kerja rumah, aktiviti
PAK-21 akan dijalankan.
5. Semua murid perlu membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
6. Setiap kumpulan perlu menjalankan Simultaneous Round Table dengan menulis jawapan kepada masalah yang berkaitan
dengan gabungan transformasi pada kertas masing-masing.
7. Kemudian, mereka akan mengedarkan kertas masing-masing mengikut pusingan jam untuk membolehkan ahli-ahli
kumpulan yang lain untuk menambah baik atau membetulkan jawapan yang dibuat.
8. Akhir sekali, setiap kumpulan perlu menyediakan peta dakap untuk meringkaskan semua perkara yang dipelajari tentang
gabungan transformasi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 10 BAB 5
00b_STRATEGI PdPc Mate Tg5.indd 10 30/09/2021 10:44 AM

