Page 9 - Hybrid PBD 2022 Form 5 - Mathematics
P. 9
Cadangan PdPc
1. Pada hari pertama, guru akan berbincang dengan murid tentang percukaian.
2. Guru meminta murid menjawab beberapa soalan yang disediakan dalam buku kerja pada halaman 66 - 67.
3. Soalan-soalan tersebut perlu diselesaikan dalam kelas dengan bimbingan guru.
4. Guru meminta murid meneroka contoh-contoh pengiraan yang terdapat dalam buku teks Matemarik Tingkatan 5 sebagai
kerja rumah.
5. Pada hari yang lain apabila tibanya waktu kelas Matematik, guru akan meminta murid membentuk beberapa kumpulan.
6. Aktiviti pertama yang akan dijalankan ialah peta pemikiran yang memerlukan murid menyediakan peta buih untuk
menyenaraikan tujuan percukaian, jenis-jenis cukai dan kesan pengelakan cukai.
7. Selepas menjalankan aktiviti pertama, tibalah masa untuk meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti
kedua, iaitu Fan-N-Pick.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
8. Murid dikehendaki membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli.
9. Guru akan memberikan beberapa keping kad soalan yang mengandungi soalan tentang pelbagai jenis cukai kepada setiap
kumpulan. Soalan-soalan yang diberikan mesti ringkas, tidak merumitkan dan dapat dijawab oleh murid dalam masa yang
singkat.
10. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing dalam kumpulan dan peranan tersebut perlu dijalankan secara bergilir-gilir.
11. Murid 1 perlu menyusun kad soalan seperti kipas.
Murid 2 perlu memilih kad dan membaca soalan.
Murid 3 dikehendaki menjawab soalan.
Murid 4 perlu memberikan respons dan pujian kepada jawapan yang diberikan oleh Murid 3.
12. Guru akan menilai dan membuat refleksi sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak.
13. Murid kemudiannya menyiapkan buku kerja pada halaman 68 - 86 sebagai aktiviti kepada latihan pengukuhan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. EG 8 BAB 4
00b_STRATEGI PdPc Mate Tg5.indd 8 30/09/2021 10:44 AM

