Page 34 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 34

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

                Galeri Info                3  PGK ditentukan secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam
                                             Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS -Household Income Survey)
                Objektif utama HIS (Household   mengikut:
                Income Survey) adalah untuk
                mengumpul maklumat tentang   (a)  Saiz isi rumah
                pola taburan pendapatan isi      Isi rumah yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai
                rumah mengikut pelbagai ciri     memerlukan lebih perbelanjaan untuk makanan dan bukan
                dan menilai kesan pelaksanaan
                rancangan pembangunan            makanan bagi mencapai taraf hidup yang memuaskan untuk
                negara. Penyiasatan yang         semua ahli keluarganya.
                terakhir dijalankan ialah pada   (b)  Komposisi demografi
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                tahun 2016.
                                                 Keperluan kalori adalah berbeza mengikut jantina, umur, berat,
                                                 dan kadar metabolik basal atau basal metabolic rate (BMR), maka
                                                 PGK makanan akan berbeza mengikut komposisi demografi isi
                                                 rumah.
                                             (c)  Lokasi (negeri dan strata)
                        HIS (Household
                        Income Survey)           Harga makanan dan bukan makanan adalah berbeza secara ketara
                 INFO                            antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
                                           4  Sesebuah  isi rumah  dianggap  miskin  jika  pendapatan bulanan
                                             isi rumah  tersebut kurang daripada PGKnya, iaitu pendapatan
                                             yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi
                                             keperluan asas dari segi  makanan dan bukan makanan  yang
                                             membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Secara
                                             ringkas, isi rumah dianggap miskin sekiranya:
                                           Pendapatan purata bulanan <  PGK (makanan dan bukan makanan)

                                           5  Sesebuah isi rumah dianggap sebagai  miskin tegar sekiranya
                                             pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada  PGK
               Apakah perbezaan kemiskinan   makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan
               dengan kemiskinan tegar?
                                             isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi  nutrisi
                                             makanan  yang  minimum yang membolehkan setiap ahlinya
                                             mempunyai tubuh badan yang sihat. Secara ringkas, isi rumah
                                             dianggap miskin tegar sekiranya:
                                                       Pendapatan purata bulanan <  PGK makanan

                                         Kaedah Penentuan PGK Makanan
                                           1  Komponen makanan bagi PGK adalah berasaskan pandangan pakar
                                             pemakanan, pakar diet, dan pakar perubatan.
                                           2  Keperluan harian kilo kalori setiap individu mengambil kira
                                             pemakanan seimbang yang terdiri daripada:
                                             (a)  Bijirin dan produk bijirin
                                             (b)  Ayam, telur, dan ikan
                                             (c)  Susu
                                             (d)  Minyak dan lelemak
                                             (e)  Gula
                                             (f)  Sayur-sayuran dan buah-buahan
             BAB                             (g)  Kekacang
           6                                 Kategori makanan di atas adalah berdasarkan kepada Komposisi
                                             Nutrisi Makanan Malaysia, IMR1997.



              168
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39