Page 38 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 38

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

                Galeri Info                4  Jadual 6.5 menunjukkan kadar kemiskinan mengikut strata di Malaysia
                                             bagi tahun 2009, 2012, dan 2014.
                Penurunan kadar kemiskinan
                dan kadar kemiskinan tegar             Jadual 6.5  Kadar kemiskinan mengikut strata di Malaysia
                menunjukkan Malaysia
                telah berjaya memerangi                   Butiran           2009 (%)  2012 (%)  2014 (%)
                kemiskinan. Kejatuhan             Malaysia                    3.8      1.7      0.6
                kadar ini juga menunjukkan
                keberkesanan dasar kerajaan       Strata
                dalam mengurangkan kadar             Bandar                   1.7      1.0      0.3
                kemiskinan di bandar atau luar       Luar bandar              8.4      3.4      1.6
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                bandar sehingga kemiskinan
                tegar hampir terhapus, iaitu                                  (Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
                hanya 0.6% pada tahun 2014.
                                             (a)  Secara amnya, jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan
                                                 di luar bandar adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan
                                                 nasional.
                                             (b)  Selain itu, kadar kemiskinan luar bandar adalah jauh lebih
                                                 tinggi daripada bandar. Dengan erti kata lain, terdapat jurang
                                                 perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dengan
                                                 luar bandar.
                                             (c)  Pada tahun 2012, kadar kemiskinan di luar bandar telah merosot
                                                 sebanyak 5% berbanding dengan tahun 2009 manakala kadar
                                                 kemiskinan di bandar telah berkurang sebanyak 0.7% pada tahun
                                                 yang sama.
                                             (d)  Pada tahun 2014, jurang perbezaan pendapatan antara penduduk
                                                 bandar dengan luar bandar menjadi lebih kecil. Kadar kemiskinan
                                                 di luar bandar dan bandar masing-masing mencapai 1.6% dan
                                                 0.3%.
                                           5  Jadual 6.6 menunjukkan kadar kemiskinan tegar mengikut strata di
                                             Malaysia bagi tahun 2009, 2012, dan 2014.
                                                     Jadual 6.6  Kadar kemiskinan tegar mengikut strata di Malaysia
                                                          Butiran           2009 (%)  2012 (%)  2014 (%)
                                                  Malaysia                    0.7      0.2      0.1

                                                  Strata
                                                     Bandar                   0.2      0.1      0.0
                                                     Luar bandar              1.8      0.6      0.2
                                                                              (Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
                                             (a)  Secara amnya, jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan tegar
                                                 di luar bandar adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan
                                                 tegar kebangsaan.
                                             (b)  Selain itu, kadar kemiskinan tegar di luar bandar juga lebih tinggi
                                                 daripada kadar kemiskinan tegar di bandar.
                                             (c)  Pada tahun 2012, kadar kemiskinan tegar di luar bandar telah
                                                 merosot sebanyak 1.2% berbanding dengan tahun 2009 manakala
                                                 kadar kemiskinan tegar di bandar telah berkurang sebanyak 0.1%
                                                 pada tahun yang sama.
                                             (d)  Pada tahun 2014, kadar kemiskinan tegar di luar bandar turut
             BAB                                 merosot sebanyak 0.4% manakala kadar kemiskinan tegar di
           6                                     bandar telah berkurang sebanyak 0.1% berbanding dengan tahun
                                                 2012.



              172
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43