Page 32 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 32
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
Hasil Pembelajaran 6.1 Ukuran Kemiskinan
Mentakrifkan kemiskinan.
Takrif Kemiskinan
1 Kemiskinan ditakrifkan sebagai suatu keadaan seseorang tidak
berkemampuan memenuhi piawaian minimum keperluan asas yang
meliputi keperluan makanan dan bukan makanan seperti pakaian,
tempat perlindungan, pendidikan, dan kesihatan. Dalam masyarakat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
moden, kemiskinan biasanya disamakan dengan masalah kekurangan
wang.
2 Kemiskinan boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam
keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup
Apakah maksud kemiskinan? yang mencukupi. Kemiskinan juga disifatkan sebagai ketidakcukupan
Jelaskan dua pendekatan bagi memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk
mengukur kemiskinan. mempertahankan kecekapan fizikal.
3 Biasanya kita mengaitkan kemiskinan ini dengan keadaan yang
mundur, ketinggalan, kekurangan kemudahan fizikal, dan keadaan
kesihatan yang kurang sempurna.
4 Ukuran kemiskinan adalah suatu yang sangat subjektif dan normatif.
(a) Ukuran ini adalah subjektif sebab tiada satu garis panduan
yang lengkap dan tepat yang dapat mengukur apakah yang
dimaksudkan dengan kemiskinan sebenarnya.
(b) Manakala kemiskinan itu dikatakan normatif kerana kita
menetapkan garis kemiskinan dengan berpandukan norma
atau nilai masyarakat. Ukuran yang biasanya dibuat adalah
berpandukan pendapatan selepas cukai dan perbelanjaan
pengguna.
5 Terdapat dua kategori ukuran kemiskinan, iaitu kemiskinan mutlak
dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merupakan konsep cukup
hidup dan kemiskinan relatif merupakan konsep ketidaksamaan
pendapatan.
Kemiskinan Mutlak
Galeri Info
1 Kemiskinan mutlak dapat ditakrifkan sebagai keadaan yang mana
Kemiskinan mutlak
diperkenalkan oleh Seebohm pendapatan seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
Rowntree. minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan
(PGK).
’13(U) 2 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang setakat
mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan,
pakaian, dan tempat tinggal.
3 Ini bermakna kemiskinan mutlak menggunakan satu asas ukuran yang
BAB dianggap piawai untuk membolehkan perbandingan antara tempat
dan masa.
6
166

