Page 29 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 29
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
PRAKTIS STPM 1 BAB
1
BAHAGIAN A Soalan Esei
Jawab semua soalan.
1 Terangkan tiga jenis pengangguran. [6]
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
2 Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlaku pengangguran di Malaysia. [6]
3 Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran terhadap:
(a) Taraf hidup masyarakat [3]
(b) Pertumbuhan ekonomi [3]
4 Huraikan tiga alat dasar kewangan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan
kadar pengangguran. [6]
5 Encik Zamri bekerja sebagai pekerja am pejabat yang menerima gaji sebanyak RM1 500 sebulan,
manakala Encik Zuhair bekerja sebagai pegawai tentera yang menerima gaji sebanyak RM6 000
sebulan.
Huraikan tiga faktor yang membezakan gaji Encik Zamri dan Encik Zuhair. [6]
6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan upah wang dan upah benar? [2]
(b) Terangkan dua faktor yang membezakan upah yang diterima dalam sektor pertanian berbanding
upah buruh dalam sektor perkilangan. [4]
BAHAGIAN B Soalan Kuantitatif
Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.
1 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga mengikut sektor ekonomi, dan jumlah
penduduk dari tahun 2014 hingga tahun 2016.
2014 2015 2016
Butiran
(ribu orang) (ribu orang) (ribu orang)
Tenaga buruh 14 263.6 14 518.0 14 667.8
Guna tenaga Pertanian, perhutanan dan perikanan 1 694.2 1 753.9 1 609.9
mengikut Perlombongan dan pengkuarian 84.7 104.4 96.3
sektor Pembuatan 2 372.5 2 322.7 2 390.6
Pembinaan 1 277.7 1 309.9 1 251.7
Perkhidmatan 8 422.1 8 575.1 8 814.3
Jumlah penduduk 30 709 31 186 31 634
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)
27

