Page 36 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 36

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
                                           5  Jadual  6.2 menunjukkan  PGK mengikut wilayah di  Malaysia  pada
                                             tahun 2014.

                                                   Jadual 6.2  PGK mengikut wilayah, Malaysia 2014 (RM bulanan)
                                                                              Miskin   Miskin tegar
                                                          Wilayah
                                                                             Isi rumah  Isi rumah
                                                Semenanjung Malaysia            930       580
                                                   Bandar                       940       580
                                                   Luar bandar                  870       580
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                Sabah/Labuan                  1 170       710
                                                   Bandar                     1 160       690
                                                   Luar bandar                1 180       760
                                                Sarawak                         990       660
                                                   Bandar                     1 040       700
                                                   Luar bandar                  920       610

                                                                    (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

                                             (a)  Berdasarkan jadual di atas, PGK makanan yang telah ditetapkan
                                                 untuk isi rumah miskin tegar berdasarkan cara penghitungan di
                                                 atas adalah
                                                 (i)   RM580 seisi rumah bagi Semenanjung Malaysia,
                                                 (ii)  RM710 seisi rumah bagi negeri Sabah, dan
                                                 (iii)  RM660 seisi rumah bagi negeri Sarawak.
                                             (b)  Manakala PGK makanan dan bukan makanan yang telah
                                                 ditetapkan untuk isi rumah miskin berdasarkan cara penghitungan
                                                 di atas adalah
                                                 (i)   RM930 seisi rumah bagi Semenanjung Malaysia,
                                                 (ii)  RM1 170 seisi rumah bagi negeri Sabah, dan
                                                 (iii)  RM990 seisi rumah bagi negeri Sarawak.


                 Hasil Pembelajaran             6.2  Kemiskinan di Malaysia

                Memerihalkan profil
                kemiskinan di Malaysia.    1  Kemiskinan merupakan satu masalah sosioekonomi yang wujud di
                                             Malaysia walaupun pelbagai dasar diusahakan untuk membasmikannya.
                                             Hal ini merupakan satu fenomena yang wujud di merata-rata tempat,
                                             sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, di setiap negeri, dan
                                             merangkumi semua kumpulan etnik.

                                           2  Jadual 6.3 menunjukkan kadar kemiskinan mengikut etnik di Malaysia
                                             bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.

                                                       Jadual 6.3  Kadar kemiskinan mengikut etnik di Malaysia
                Galeri Info                               Butiran           2004 (%)  2009 (%)  2012 (%)
                                                   Malaysia                   5.7      3.8      1.7
                Kaum lain-lain termasuklah
                orang-orang Asli seperti           Etnik
                Negrito dan Senoi. Kumpulan           Bumiputera              8.3      5.3      2.2
                orang asli ini biasanya tinggal       Cina                    0.6      0.6      0.3
             BAB  di kawasan pedalaman dan            India                   2.9      2.5      1.8
                kawasan pinggir.
                                                                                       6.7
                                                                              6.9
                                                      Lain-lain
                                                                                                1.5
           6
                                                                         (Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
              170
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41