Page 52 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 52

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

                BAHAGIAN B   Soalan Kuantitatif

               Jawab  semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
               perpuluhan.

                 1  Maklumat berikut menunjukkan taburan pendapatan isi rumah pada tahun 2012 di sebuah kawasan
                   luar bandar, negeri Sabah.
                                       Bilangan isi rumah       Pendapatan isi rumah
                                               4                  Kurang RM710
                                              12                  RM710 – RM1 120
                                              36                  RM1 121 – RM1 600
                                              24                  Lebih RM1 600

                   (a)  Hitung
                       (i)  kadar kemiskinan di kawasan luar bandar ini.                             [2]
                       (ii)  kadar kemiskinan tegar di kawasan luar bandar ini.                      [2]
                   (b)  Selain modal, nyatakan tiga punca kemiskinan tersebut.                       [3]
                   (c)  Berikan tiga program yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membasmikan kemiskinan
                       ini.                                                                          [3]
                 2  Maklumat berikut menunjukkan pekali Gini dua buah negeri di Malaysia pada tahun 2012.
                                               Negeri                Pekali Gini
                                               Negeri A                0.372
                                               Negeri B                0.434
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                   (a)  Apakah pekali Gini?                                                          [2]
                   (b)  Tafsirkan maksud pekali Gini bagi negeri A dan B berdasarkan maklumat yang diberi.   [2]
                   (c)  Nyatakan tiga dasar kerajaan dalam usaha membasmikan kemiskinan di kedua-dua buah negeri
                       tersebut.                                                                     [3]
                   (d)  Pada tahun 2014, pekali Gini dua buah negeri telah berubah menjadi:
                                               Negeri                Pekali Gini
                                               Negeri A                0.385
                                               Negeri B                0.391
                       Apakah rumusan yang boleh dibuat terhadap dasar yang dijalankan oleh kerajaan?   [3]
















             BAB
           6




              186
   47   48   49   50   51   52   53   54   55