Page 50 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 50
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
4 Mulai tahun 2008, SPBT diperluaskan kepada semua murid
warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan
bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan, dan sekolah menengah agama rakyat.
Skim Baucar Tuisyen (SBT)
1 SBT mula dilaksanakan pada tahun 2004. Skim ini bertujuan untuk
memberi peluang bimbingan tuisyen secara berstruktur dan
terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5, dan 6 yang lemah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
2 Kelas tuisyen skim ini merupakan usaha tambahan dalam memulihkan
kelemahan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru
Siapakah yang menikmati semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas.
kebaikan Skim Baucar Tuisyen?
Melalui skim ini, kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin
pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi akan meningkat.
3 SBT merupakan satu skim bersumber tahunan tetap yang membantu
sekolah dalam memberikan kelas tuisyen kepada murid miskin yang
lemah, terutamanya bagi sekolah yang kekurangan sumber dan
sokongan luar seperti sekolah di luar bandar dan di kawasan penduduk
miskin.
Rumusan
1 Kemiskinan didefinisikan sebagai suatu keadaan seseorang tidak berkemampuan memenuhi piawaian
minimum keperluan asas yang meliputi keperluan makanan dan bukan makanan seperti pakaian, tempat
perlindungan, pendidikan dan kesihatan.
2 Kemiskinan mutlak dapat ditakrifkan sebagai keadaan yang mana pendapatan seseorang tidak mencukupi
untuk memenuhi keperluan minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).
3 Kemiskinan relatif mengukur perbezaan pendapatan atau ketidaksamaan agihan pendapatan antara kaum,
negeri, bandar, luar bandar, kawasan kediaman dan lain-lain.
4 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang setakat mencukupi untuk memperoleh
keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
5 Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan isi rumah tersebut kurang daripada PGK. Sesebuah
isi rumah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada
PGK makanan.
6 Punca kemiskinan ialah:
(a) Akses pasaran
(b) Modal
(c) Teknologi
(d) Pendidikan
7 Agihan pendapatan adalah bagaimana jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar diedarkan dalam kalangan
penduduknya.
BAB 8 Kaedah Persentil merupakan suatu kaedah statistik untuk mengira nilai pemboleh ubah yang kurang
daripada peratus yang diperhatikan. Skor persentil dapat memberitahu nilai peratus skor lain adalah
6 kurang daripada nilai data yang sedang disiasat.
184

