Page 48 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 48

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

                Galeri Info              Agensi-agensi Pembangunan Wilayah
               Peranan Agensi-agensi       1  Agensi-agensi Pembangunan Wilayah memainkan peranan masing-
               Pembangunan Wilayah:          masing dalam mengurangkan kemiskinan dalam kalangan golongan
               •  Memajukan,
                 menggalakkan, membantu      miskin khasnya di kawasan luar bandar. Antaranya ialah:
                 dan mengusahakan            (a)  FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) menjalankan
                 pembangunan ekonomi dan         program pembangunan tanah.
                 sosial.
               •  Mengawal dan menyelaras    (b)  FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)
                 pelaksanaan program-            penyusunan semua kampung.
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                 program agar tujuan         (c)  RISDA  (Kemajuan  Pekebun  Kecil  Perusahaan  Getah)
                 pembangunan ekonomi dan
                 sosial tercapai.                menggalakkan tanaman semula getah.
                                             (d)  KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) dengan kelas
                                                 bimbingannya untuk membasmi buta huruf.
                                             (e)  KARYANEKA untuk memasarkan kraftangan dan hasil industri
                                                 kampung.
                                           2  Selain itu, Agro Bank menyelesaikan masalah keperluan modal bagi
                                             masyarakat tani, penternak, dan nelayan.
                                           3  Jabatan Perikanan pula telah menyediakan program Angkatan Nelayan
                                             Laut Dalam untuk melatih belia supaya berani menerokai bidang ekonomi
                                             perikanan dengan bergiat menjadi nelayan di laut dalam.

                                         FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority)

               Namakan agensi yang         1  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenal
               membasmi kemiskinan dengan    sebagai FAMA ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di
               membantu petani memasarkan
               hasil tani mereka.            bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
                                           2  FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan:
                                             (a)  Membantu petani memasarkan hasil tani mereka.
                                             (b)  Menyediakan kemudahan kredit kepada petani yang miskin.
                                             (c)  Menyediakan keperluan serta peralatan pertanian asas untuk
                                                 meningkatkan pendapatan golongan miskin terutamanya di luar
                                                 bandar.
                                             (d)  Menjalankan aktiviti promosi agar memperluaskan pasaran para
                                                 petani.
                                           3  Selain itu, mereka juga menyediakan keperluan serta peralatan
                                             pertanian asas untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin
                                             terutama di luar bandar.

                 Hasil Pembelajaran      Program yang Membantu Membasmi Kemiskinan

                Mengenal pasti program   Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
                yang membantu membasmi
                kemiskinan.                1  Program ini diperkenal dalam tempoh Dasar Pembangunan Negara.
                                             Pakej projek yang bersesuaian dengan keperluan kursus golongan
                                             miskin diwujudkan.

               Bagaimanakah Program        2  Program ini diperkukuhkan dengan melaksanakan Skim Pembasmian
             BAB  Pembangunan Rakyat         Kesejahteraan Rakyat Termiskin (SPKR) dalam menangani isu
               Termiskin (PPRT) membantu
                                             ketermiskinan, kemiskinan am serta kumpulan mudah miskin di
           6   membasmi kemiskinan?          kawasan bandar dan luar bandar.



              182
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53