Page 47 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 47

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
                    4  Dengan peningkatan pendidikan dan kemampuan golongan miskin,
                      ketakserataan pendapatan antara golongan miskin dengan golongan
                      kaya dapat dikurangkan. Hal ini penting agar negara turut aman,
                      damai, dan terus makmur.

                  Agensi yang Membantu Membasmi Kemiskinan                           Hasil Pembelajaran
                  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)                                Mengenal pasti agensi
                    1  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada tahun 1946. JKM   yang membantu membasmi
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                      berperanan dan berfungsi untuk memberi perkhidmatan pencegahan   kemiskinan.
                      dan pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
                    2  Antara objektifnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan
                      meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasaran mereka. Kumpulan
                      sasarannya ialah kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang
                      papa, keluarga, pertubuhan sukarela kebajikan, dan mangsa bencana.
                    3  Strategi pembasmian kemiskinan JKM                                  Jabatan
                      (a)   Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri kumpulan sasaran.    Kebajikan
                      (b)  Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasaran agar           Masyarakat
                          meringankan kesulitan kewangan mereka sehingga mereka dapat   INFO  (JKM)
                          berdikari.
                      (c) Memberi perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat.

                  Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
                    1  Sebuah badan amanah yang berusia kira-kira 28 tahun dan
                      telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan   Namakan agensi yang
                                                                                   membasmi kemiskinan dengan
                      Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), kerajaan negeri Selangor serta   memberi pembiayaan kepada
                      disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik.           masyarakat miskin.
                    2  Objektif AIM
                      (a)   Membantu golongan yang kurang berkemampuan menambahkan
                          pendapatan sampingan.
                      (b)  Menyediakan  kemudahan pembiayaan ikhtiar terhadap       Galeri Info
                          masyarakat miskin di kawasan luar bandar.                AIM telah menawarkan
                      (c)   Memberi  latihan  dan  kaunseling  secara  berterusan  kepada   lima jenis produk dalam
                          golongan miskin dan usahawan ikhtiar.                    perkhidmatan mereka, iaitu:
                      (d)  Membantu golongan yang berpendapatan rendah menjana potensi   •  Ikhtiar Rezeki
                                                                                   •  Ikhtiar Penyayang
                          untuk bekerja sendiri.                                   •  Ikhtiar Bestari
                  Baitulmal                                                        •  Ikhtiar Sejahtera
                                                                                   •  Program Kewangan Mikro
                    1  Institusi Baitulmal ditubuhkan bertujuan:                     Bandar
                      (a)  Memantau dan prihatin terhadap permasalahan kemiskinan umat
                          Islam.
                      (b)  Mengurus hal ehwal orang miskin hasil daripada kutipan zakat
                          daripada umat Islam agar mengurangkan kemiskinan tegar dalam
                          kalangan umat Islam.

                    2  Kerajaan menggalakkan umat Islam supaya memotong gaji bulanan
                      mereka untuk pembayaran zakat dan selebihnya untuk pembayaran                           BAB
                      cukai hasil pendapatan. Pengagihan wang zakat daripada Baitulmal
                      yang  mewah  akan  disalur  kepada  penduduk  Islam  miskin  agar                      6
                      masalah kemiskinan umat Islam dapat dikurangkan.


                                                                                                        181
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52