Page 49 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 49
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Peranan PPRT
(a) Membantu keluarga termiskin di seluruh negara agar lebih berdikari.
(b) Membantu rakyat miskin menjayakan diri dalam arus
pembangunan negara.
(c) Membasmi kemiskinan di kawasan dan kalangan kumpulan yang
mempunyai kadar kemiskinan tinggi
4 Strategi pembasmian kemiskinan PPRT ialah:
(a) Meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan
pendapatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(b) Menyediakan perumahan yang lebih baik di bawah program
perumahan PPRT.
(c) Membekalkan makanan tambahan dan bantuan pendidikan
kepada kanak-kanak
(d) Menjalankan Pelan Pembagunan Komprehensif Masyarakat
Orang Asli untuk mengatasi kadar kemiskinan yang tinggi dan
meningkatkan kualiti hidup.
(e) Menjalankan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil
bagi membantu kemiskinan tinggi dalam kalangan masyarakat
orang asli.
Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
1 RMT bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan murid Galeri Info
supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam
pembelajaran di sekolah. Kriteria pemilihan bagi program
RMT ialah murid sekolah
2 Program ini dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental rendah terutama dari luar
dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu bandar dan keluarga yang
berpendapatan bulanan RM400
murid mendapat makanan yang seimbang. dan kurang, iaitu RM800 per
3 Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976. Pada peringkat awal, kapita.
tumpuan diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar bandar.
4 Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
alih sepenuhnya pengurusan program, program ini telah diperluaskan
ke semua kawasan di seluruh negara.
5 Sejak tahun 1990an, taraf sosioekonomi keluarga menjadi kriteria
utama pemilihan murid.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
1 SPBT merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah
dilaksanakan bermula tahun 1975. Program ini dilancarkan untuk
semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
2 Tujuan skim ini adalah
(a) meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga yang kurang mampu
(b) memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak
tercicir dalam persekolahan mereka.
3 Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah BAB
Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama
Rakyat. 6
183

