Page 12 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 12

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                                             (e)  Situasi ini menunjukkan bahawa kerajaan telah mentransformasi
             BAB                                 negara Malaysia ke arah mencapai sebuah negara maju.
           1                                     Peningkatan dalam penggunaan guna tenaga dalam sektor kedua
                                                 dan ketiga menunjukkan bahawa kerajaan telah mengalihkan
                                                 ekonomi daripada berasaskan sektor utama kepada sektor yang
                                                 lebih efektif dan berkemahiran iaitu sektor kedua dan ketiga.
                                             (f)  Namun begitu, sektor utama tidak diabaikan oleh kerajaan. Ini
                                                 terbukti dengan perbelanjaan yang besar diperuntukkan oleh
                                                 kerajaan dalam sektor pertanian dan pembangunan luar bandar.
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                 Misalnya, perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan terhadap
                                                 sektor ini ialah RM19 310 juta (2014), RM20 157 juta (2015), dan
                                                 RM18 861 juta (2016). Manakala perbelanjaan pembangunan
                                                 terhadap sektor ini ialah RM23 337 juta (2014), RM23 286 juta
                                                 (2015), dan RM25 113 juta (2016).
                                             (g)  Dari segi kadar pertumbuhan guna tenaga, didapati sektor utama
                                                 mengalami pertumbuhan yang negatif sebanyak 3.8% pada
                                                 tahun 2014 sebelum meningkat sebanyak 4.5% pada tahun 2015.
                                                 Kemudian kembali mengalami kadar pertumbuhan yang negatif
                                                 sebanyak 8.2% pada tahun 2016.
                                             (h)  Bagi sektor kedua pula, jika berdasarkan peratus pertumbuhan,
                                                 kadar pertumbuhan guna tenaga meningkat sebanyak 1.2% pada
                                                 tahun  2014, kemudian  mengalami  kadar pertumbuhan  yang
                                                 negatif sebanyak 0.5% pada tahun 2015 dan kembali meningkat
                                                 sedikit sebanyak 0.3% pada tahun 2016.
                                             (i)  Di samping itu, kadar pertumbuhan guna tenaga sektor ketiga
                                                 masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1% pada
                                                 tahun 2014 dan 1.8% pada tahun 2015. Kemudian pada tahun
                                                 2016 kadar pertumbuhan terus meningkat sebanyak 2.8%.





                                                1.3  Faktor yang Mempengaruhi
                                                       Pengangguran



                 Hasil Pembelajaran      Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
                Membincangkan sebab      Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
                berlaku pengangguran.    pengangguran. Antara ialah:
                                         (a)   Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
                                         (b)  Kehendak majikan yang berbeza
                         ’10 / ’15
                                         (c)   Kitaran perniagaan / kemelesetan ekonomi
                                         (d)  Persaingan dengan pekerja asing
                                         (e)   Sikap tenaga buruh
               Adakah pengangguran        (f)  Musim
               kitaran semestinya berlaku di   (g)  Kekurangan maklumat pekerjaan
               sesebuah negara?          (h)  Perkembangan ekonomi





               10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17