Page 11 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 11
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(a) Berdasarkan Jadual 1.2, kita dapat kategorikan industri-industri
tersebut kepada tiga sektor iaitu sektor utama, sektor kedua, dan BAB
sektor ketiga.
(b) Sektor utama merupakan sektor yang berasaskan sumber alam. 1
Sektor kedua pula melibatkan aktiviti pemprosesan iaitu sektor
pembinaan dan pembuatan. Manakala sektor ketiga ialah sektor
yang berasaskan perkhidmatan.
3. Guna tenaga mengikut sektor dapat dilihat dengan berpandukan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
jadual berikut.
Jadual 1.3 Guna tenaga mengikut sektor (diubah suai berdasarkan Jadual 1.2)
2013 2014 2015 2016
Sektor
’000 orang % ’000 orang % ’000 orang % ’000 orang %
1 778.9 1 858.3 1 706.2
Utama 1 848.8 13.7 12.8 13.2 12.1
(–3.8%) (4.5) (–8.2)
Kedua 3 607.9 26.6 3 650.2 26.4 3 632.6 25.8 3 642.3 25.7
(1.2%) (–0.5) (0.3)
8 422.1 8 575.1 8 814.3
Ketiga 8 088.6 59.7 60.8 61.0 62.2
(4.1%) (1.8) (2.8)
13 851.2 14 066.0 14 162.8
Jumlah 13 545.3 100.0 (2.3%) 100.0 (1.6%) 100.0 (0.7%) 100.0
Nota: Angka dalam kurungan menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan
(a) Berdasarkan Jadual 1.3, didapati dalam tempoh 2013 hingga
2016, sektor ketiga telah memberikan sumbangan yang terbesar
berbanding sektor lain terhadap guna tenaga di Malaysia.
(b) Pada tahun 2013, peratus sumbangan sektor ketiga menunjukkan
peningkatan dari tahun 2013 hingga tahun 2016, iaitu 59.7%
(2013), 60.8% (2014), 61.0% (2015), dan 62.2% (2016).
(c) Sektor yang kedua penting dalam menyumbangkan guna
tenaga ialah sektor kedua yang terdiri daripada pembuatan
dan pembinaan. Walau bagaimanapun, peratus sumbangannya
menunjukkan kemerosotan dalam tempoh 2013 hingga 2016.
Misalnya pada tahun 2013, sumbangannya merosot daripada
26.6% kepada 26.4% (2014), 25.8% (2015), dan 25.7% (2016).
(d) Manakala sektor yang memberikan sumbangan paling sedikit
dalam penggunaan guna tenaga ialah sektor utama. Pada tahun
2013, sumbangan sektor ini dalam penggunaan guna tenaga
hanya 13.7%. Sumbangannya merosot kepada 12.8% pada tahun
2014. Walau bagaimanapun, sumbangannya telah meningkat
semula kepada 13.2% pada tahun 2015 sebelum kembali merosot
kepada 12.1% pada tahun 2016.
9

