Page 10 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 10

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
               Kadar penyertaan tenaga       (f)  Walaupun begitu, Malaysia masih mengalami keadaan guna
             BAB  buruh ialah peratusan jumlah   tenaga penuh. Keadaan ini berlaku kerana peluang pekerjaan yang
               tenaga buruh berbanding
           1   dengan jumlah penduduk            diwujudkan oleh pihak kerajaan dan swasta mampu menampung
                                                 pertambahan tenaga buruh yang berlaku.
               dalam lingkungan umur antara
               15 – 64 tahun.                (g)  Sesungguhnya peluang pekerjaan di Malaysia amat banyak. Oleh

                           Tenaga
               Kadar        buruh                itu, tidak menghairankan jika terdapat berjuta-juta orang pekerja
               penyertaan  =   Jumlah    × 100   asing yang bekerja di Malaysia. Mereka sanggup bergadai nyawa
               buruh      penduduk               datang ke sini sama ada secara sah atau secara haram.
                           15 – 64           (h)  Jumlah pekerja asing adalah sebanyak 2 250.3 ribu orang (2013).
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                                                 Jumlah ini berkurang kepada 2 073.4 ribu orang (2014). Namun,
                                                 jumlahnya meningkat sebanyak 2.97% kepada 2 135 ribu orang
                                                 (2015) sebelum menurun sebanyak 12.58% kepada 1 866.4 ribu
                                                 orang (2016).
                                             (i)  Kadar penyertaannya meningkat daripada 67.3% pada tahun 2013
               Sektor manakah yang memberi       kepada 67.6% pada tahun 2014. Kemudian, kadar penyertaannya
               sumbangan yang tertinggi          terus meningkat kepada 67.9% pada tahun 2015 sebelum
               dalam guna tenaga?                mengalami sedikit kejatuhan kepada 67.7% pada tahun 2016.
                                             (j)  Berdasarkan Jadual 1.1 juga didapati secara keseluruhannya
                                                 penyertaan tenaga buruh penduduk lelaki lebih tinggi daripada
                                                 penyertaan penduduk perempuan dalam tempoh berkenaan.

                 2  Manakala guna tenaga mengikut industri di Malaysia pula dapat dilihat dengan berpandukan jadual
                   berikut.
                          Jadual 1.2   Guna tenaga mengikut industri * (’000 orang) di Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2016
                                        Industri                     2013    2014    2015    2016
                    Sektor utama
                    Pertanian, perhutanan dan perikanan              1 758.9  1 694.2  1 753.9  1 609.9
                    Perlombongan dan pengkuarian                         89.9       84.7     104.4       96.3
                    Sektor kedua
                    Pembuatan                                        2 315.8  2 372.5  2 322.7  2 390.6
                    Pembinaan                                        1 292.1  1 277.7  1 309.9  1 251.7
                    Sektor ketiga
                    Perkhidmatan                                     8 088.6  8 422.1  8 575.1  8 814.3
                      Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara       61.5      65.6       61.7       77.9
                      Bekalan air, pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti   83.7       81.2       72.1       76.4
                      pemulihan
                      Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan   2 261.4  2 324.4  2 361.4  2 428.5
                      bermotor dan motosikal
                      Pengangkutan dan penyimpanan                    626.5   598.2      615.0    630.4
                      Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman  1 041.5  1 149.3  1 150.8  1 260.7
                      Maklumat dan komunikasi                           194.1      213.2      214.2      208.7
                      Aktiviti kewangan dan insurans/takaful            318.9      329.1      354.4      346.9
                      Aktiviti hartanah                                  72.7       79.7       71.2        82.4
                      Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal      306.8      328.8      359.3      361.8
                      Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan         566.9      654.3      634.8      657.0
                      Pentadbiran awam dan pertahanan, aktiviti keselamatan      761.4      741.7      751.0      748.2
                      sosial wajib
                      Pendidikan                                      816.6      871.4      899.0      928.7
                      Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial   490.0      532.9      573.1      570.3
                      Kesenian, hiburan dan rekreasi                     79.4       94.1       81.7        80.9
                      Aktiviti perkhidmatan lain                        192.4      199.1      233.1      230.8
                      Aktiviti isi rumah sebagai majikan                214.8      159.1      142.3      124.7
                                         Jumlah                     13 545.3  13 851.2  14 066.0  14 162.8
                         * Industri dikelaskan mengikut ’Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008’
                                                   (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)


               8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15