Page 59 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 59

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Nilai
        1. Kasih  sayang – Mak  Sopiah  sayang  akan anaknya,  Razali. Razali juga menyayangi
          ibunya.
        2. Baik hati – Razali sedia memaafkan Munir  yang  telah  mencederakannya dan
          memfitnahnya.
        3. Keberanian  – Razali berani  menempuh  segala  cabaran hidupnya  walaupun  dia
          membesar  tanpa  kasih  sayang ayah  kandungnya dan kerap dimarahi oleh  ayah
          tirinya.
        4. Kerajinan – Seluruh ahli lembaga pengarah koperasi sekolah dan guru-guru sekolah
          itu rajin dan gigih memajukan koperasi sekolah mereka.
 Bab 2
        5. Kerjasama  – Ahli lembaga  pengarah  koperasi dan guru-guru bekerjasama untuk
          memastikan kemenangan koperasi sekolah mereka.
        6. Kejujuran  – Ahli lembaga  pengarah  koperasi  menjalankan tugas  mereka  dengan
          jujur dan amanah.

      Pengajaran
        1. Kita haruslah jujur dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberi. Razali, Swee
          Lan, Ramlah, dan Saridavi jujur dan amanah menjalankan tugas sebagai ahli koperasi
          sekolah mereka.
        2. Kita  mestilah  membantu  orang lain. Razali yang  bijak dalam  pelajaran  membantu
          Swee Lan, Ramlah,  dan  Saridavi  dalam mata pelajaran Prinsip Akaun  yang tidak
          difahami oleh mereka.
        3. Kita janganlah cepat berputus asa apabila menghadapi dugaan dalam kehidupan kita.
          Razali tidak mudah berputus asa dengan dugaan dalam kehidupannya.
        4. Kita  hendaklah  berusaha  dengan bersungguh-sungguh  untuk mencapai  sesuatu
          kejayaan.  Ahli lembaga  pengarah koperasi sekolah  dan  guru sekolah  itu berusaha
          dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai  kemenangan dalam  pertandingan
          koperasi.
        5. Kita haruslah  memaafkan kesalahan  orang lain. Razali memaafkan  Munir  dan
          bersedia untuk membantu Munir mengulang kaji pelajarannya.
        6. Kita  usahlah  berdendam  terhadap  orang lain. Tindakan  Munir yang  berdendam
          dengan  Razali kerana dilantik  sebagai naib  setiausaha  dan disenangi  oleh  rakan
          perempuan sehingga sanggup memukul Razali dan memfitnahnya usahlah kita ikuti.


















  92                                                                                                                                                                                    93






 02a RANGER BM PT3.indd   92                                                      28/06/2019   9:17 AM
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63