Page 54 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 54
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
2.1.15 Sejambak Bakti
Sinopsis
Novel ini mengisahkan pengalaman sekumpulan murid Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan yang mengusahakan kedai koperasi. Razali, Ramlah, Swee
Lan, dan Saridevi bertugas di kedai koperasi itu. Terdapat juga seorang pembantu
kedai bertugas di kedai koperasi tersebut. Mereka melayan murid-murid yang
membeli barangan di kedai koperasi itu dengan baik.
Dalam mesyuarat pemilihan jawatankuasa, Razali dipilih sebagai naib setiausaha. Bab 2
Hal ini menyebabkan Munir cemburu. Dengan sokongan dua orang rakan karibnya,
iaitu Leong dan Silvam, Munir merancang untuk melakukan sesuatu terhadap Razali.
Mereka juga benci apabila melihat Razali berkawan rapat dengan Ramlah, Swee Lan,
dan Saridevi. Munir bertambah sakit hati apabila ajakannya menonton wayang telah
ditolak oleh Ramlah.
Kedai koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan
mengusahakan penternakan ayam telur. PIBG sekolah turut menyokong aktiviti
tersebut. Pengetua sekolah juga menyediakan bilik bacaan yang dikendalikan oleh
koperasi sekolah. Cikgu Robeah bersama-sama dengan Ramlah, Rozita, Harun, Silvam,
dan Leong mengemas bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Pada masa yang sama,
Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli berjumpa dengan Munir untuk menegur
sikap Munir yang sepatutnya menolong rakan-rakan yang lain. Munir berjanji kepada
Cikgu Zulkifli bahawa dia akan menjalankan tugasnya dengan baik di kedai koperasi
sekolah. Namun begitu, Munir tidak menepati janjinya.
Munir sering mengganggu rakan-rakan lain di kelas. Cikgu Muniam, guru
kaunseling mengadakan sesi kaunseling dengan Munir menyebabkan Munir tidak
berpuas hati. Dia beranggapan bahawa Razalilah yang membuat aduan mengenai
halnya kepada guru kaunseling. Dia, Silvam, dan Leong memukul Razali dengan teruk.
Perkara tersebut sampai kepada pengetahuan pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin.
Beliau memanggil Munir, Silvam, dan Leong lalu merotan mereka. Razali pula terpilih
untuk mengikuti kursus koperasi di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling
Jaya, Selangor. Sekembalinya daripada berkursus, Razali membentangkan informasi
yang diperoleh kepada para peserta.
Pengetua menyampaikan berita bahawa koperasi sekolah akan memasuki
Pertandingan Koperasi Terbaik yang dianjurkan oleh ANGKASA. Persiapan yang rapi
dilakukan untuk menghadapi pertandingan tersebut. Pada setiap petang, ahli lembaga
pengarah bergilir-gilir menguruskan projek dengan penuh bertanggungjawab.
Sementara itu, Munir terus merancang untuk menimbulkan kekecohan. Dia mencuri
kunci bilik koperasi dan menyepah-nyepahkan barang yang sudah tersusun rapi di
dalam bilik itu. Ahli lembaga koperasi terkejut dan kecewa. Mereka juga resah
kerana para hakim akan melihat pengurusan koperasi itu dalam tempoh dua minggu
lagi.
Cikgu Zulkifli membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Munir membuat
fitnah bahawa Razalilah yang menceroboh kedai koperasi itu. Munir menyampaikan
fitnah itu kepada ayah tiri Razali, iaitu Pak Zakaria. Akibatnya, Razali dimarahi dan
dihalau dari rumah tetapi ibunya, Mak Sopiah membela Razali. Razali sangat sedih.
86 87
02a RANGER BM PT3.indd 87 28/06/2019 9:17 AM

