Page 57 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 57
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Watak dan Perwatakan
1. Razali (Watak utama)
(a) Razali murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
(b) Dia anak tunggal Mak Sopiah dan Pak Ramli serta anak tiri Pak Zakaria.
(c) Razali penyayang. Dia menyayangi ibu bapanya, terutama ibunya.
Demi kasih sayangnya kepada ibunya, dia sabar tinggal di rumah
Pak Zakaria walaupun dia selalu dimarahi oleh ayah tirinya itu.
(d) Razali juga bijak dalam pelajaran. Razali kerap mengajar Ramlah,
Swee Lan, dan Saridavi tentang topik yang tidak difahami.
(e) Selain itu, dia amanah dan jujur dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Razali menjalankan tugasnya di kedai koperasi
Bab 2
dengan baik sehingga mendapat kepercayaan guru.
(f) Razali tabah menghadapi cabaran hidupnya. Dia difitnah oleh
Munir dan dimarahi oleh Pak Zakaria, namun dia tabah.
(g) Di samping itu, Razali pemaaf. Dia memaafkan Munir yang telah
memfitnahnya.
(h) Razali juga prihatin terhadap kesulitan orang lain. Dia membantu
Munir mengulang kaji pelajaran ketika Munir menjalani hukuman
penggantungan sekolah kerana peperiksaan semakin hampir.
2. Munir
(a) Munir murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
serta sekelas dengan Razali, Ramlah, dan Swee Lan.
(b) Munir anak orang kaya.
(c) Dia pemalas. Ketika Cikgu Saiful mengajar Prinsip Akaun, Munir tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya itu, sebaliknya dia
mengganggu murid lain.
(d) Dia juga pendendam. Munir berdendam terhadap Razali yang dilantik sebagai
naib setiausaha koperasi dan disenangi oleh kawan-kawan perempuan lalu
memfitnah Razali dan sanggup memukul Razali.
(e) Munir juga pengkhianat. Munir berlaku khianat terhadap amanah yang diberikan
kepadanya. Dia mencuri kunci kedai koperasi dan menyelerakkan barangan di
kedai koperasi itu serta mengambil wang sebanyak RM200.00 di kedai itu.
(f) Dia pemberani. Munir berani mengakui kesalahannya dan meminta maaf daripada
Razali. Dia juga berani berjumpa dengan Pak Zakaria untuk mengakui fitnah
yang dilakukannya terhadap Razali.
(g) Pada akhir cerita, Munir insaf akan kesalahannya. Selepas menjalani hukuman
rotan dan penggantungan sekolah, Munir berubah menjadi murid yang baik.
3. Cikgu Zulkifli
(a) Cikgu Zulkifli ialah guru di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Beliau mengajar Prinsip Akaun dan memegang jawatan sebagai guru koperasi
sekolah juga.
(b) Beliau guru yang berdedikasi. Cikgu Zulkifli gigih memajukan koperasi sekolah
itu. Antaranya, beliau mempelbagaikan aktiviti koperasi seperti menternak
ayam telur.
90 91
02a RANGER BM PT3.indd 90 28/06/2019 9:17 AM

