Page 56 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 56

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
          4. Kebenaran mengatasi penipuan – Munir memfitnah Razali kononnya Razali menceroboh
            kedai koperasi.  Akibatnya, Razali dimarah dan dihalau  oleh Pak  Zakaria. Namun
            begitu, perbuatan Munir diketahui akhirnya.
          5. Pertemuan ayah dan anak yang lama terpisah – Razali dapat berjumpa dengan ayah
            kandungnya, iaitu Pak Ramli semula dalam satu majlis di sekolahnya.
          6. Kesabaran menempuh cabaran hidup – Razali sabar menempuh pelbagai cabaran dalam
            hidupnya.  Antaranya, dia tidak mendapat  kasih  sayang  daripada ayah  kandungnya
            manakala ayah tirinya pula kerap memarahinya dan pernah menghalaunya. Dia juga
            menghadapi fitnah yang dilakukan oleh Munir.
        Plot                                                                                 Bab 2
          1. Permulaan
            Kedai  koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian  Seri  Kayangan  menjual
            barangan keperluan murid-murid. Kedai ini diuruskan oleh pembantu kedai koperasi
            dan beberapa orang murid.  Antaranya ialah  Razali, Ramlah,  Swee Lan, Saridavi,
            Munir, Leong, dan Silvam. Guru koperasi pula ialah Cikgu Zulkifli.
          2. Perkembangan
            (a)  Munir tidak berpuas hati dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha
                koperasi. Dia mendapat sokongan daripada dua orang rakannya, iaitu Silvam dan
                Leong. Munir  juga cemburu akan hubungan  baik Razali dengan Ramlah,  Swee
                Lan, dan Saridavi.
            (b)  Kedai koperasi akan mempelbagaikan  aktiviti  seperti penternakan  ayam  telur
                dan bilik bacaan.
            (c)  Pengetua  mengumumkan bahawa  koperasi  sekolah itu akan menyertai
                Pertandingan Koperasi anjuran ANGKASA.
            (d)  Munir  dipanggil  oleh  Cikgu  Zulkifli  kerana  tidak  menjalankan  tugas  di  kedai
                koperasi. Dia berjanji akan memberikan khidmatnya tetapi tidak dilaksanakannya.
            (e)  Munir menceroboh  kedai  koperasi  sekolah  dan menuduh Razali sebagai
                penceroboh. Cikgu Zulkifli melaporkan hal itu kepada pihak polis.
          3. Klimaks
            (a)  Munir  memberitahu ayah  tiri  Razali, Pak  Zakaria  bahawa Razali telah
                menceroboh kedai koperasi sekolah
            (b)  Razali dimarahi dan dihalau  oleh  Pak  Zakaria kerana memalukan
                keluarga.

          4. Peleraian
            (a)  Pengetua mengarahkan guru memeriksa beg murid-murid.
            (b)  Di dalam beg Munir ditemukan bukti bahawa dialah penceroboh
                kedai koperasi. Munir  mengakui  kesalahannya.  Dia  dijatuhkan
                hukuman rotan  sewaktu perhimpunan sekolah  dan  digantung
                persekolahan.
            (c)  Koperasi sekolah dipilih sebagai pemenang koperasi terbaik.
            (d)  Razali bertemu dengan ayah kandungnya, Pak Ramli.





 88                                                                                    89






 02a RANGER BM PT3.indd   89                                                      28/06/2019   9:17 AM
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61