Page 55 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 55

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            Cikgu  Syamsudin  dan  Cikgu  Zulkifli  meminta  semua  guru  memeriksa  beg
        dan pakaian murid.  Daripada pemeriksaan itu, mereka akhirnya dapat menangkap
        penceroboh kedai koperasi sekolah,  iaitu  Munir.  Munir  akan dirotan  dalam
        perhimpunan sekolah.  Ibu  bapa  Munir  diberitahu  mengenai hukuman ini  terlebih
        dahulu. Mereka akur akan keputusan itu kerana Munir sudah semakin sukar dibentuk.
        Selepas dirotan, Munir menjadi murid yang baik. Dia meminta maaf daripada Razali.
        Razali sanggup memberikan tunjuk ajar kepada Munir yang digantung persekolahan
        kerana peperiksaan semakin hampir.
            Tiga  orang juri  Pertandingan  Koperasi  Sekolah  datang ke kedai koperasi
        sekolah. Tuan Pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali menyambut kedatangan mereka.
        Apabila keputusan pertandingan diumumkan, koperasi sekolah itu telah diumumkan
 Bab 2
        sebagai Johan Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu
        untuk menyaksikan penyampaian hadiah.
            Peristiwa yang  di luar jangkaan  berlaku pada  hari itu kerana Razali dapat
        berjumpa dengan ayah kandungnya, iaitu Encik Ramli. Berlaku kejutan lagi apabila
        mereka mendapat tahu bahawa ayah kandung Razali juga merupakan ayah Ramlah.
        Cikgu Syamsudin menyebut pertemuan dua beranak itu sebagai jasa koperasi untuk
        menemukan mereka selepas terpisah selama 16 tahun.


      Tema
      Novel  ini bertemakan  perjuangan  generasi muda  untuk  menubuhkan kedai koperasi
      di  sekolah.  Tuan Pengetua  Sekolah  Menengah  Teknik Pertanian  Seri  Kayangan,  Cikgu
      Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Setiausaha
      koperasi, iaitu Cikgu Zulkifli pula mengemukakan beberapa usul untuk menjayakan kedai
      koperasi. Bersama-sama dengan ahli koperasi sekolah, Cikgu Zulkifli bergotong-royong
      untuk  mengemas  bilik  bacaan  dan  membersihkan reban  ayam  hasil kedai
      koperasi.  Tuan  Penolong  Pengarah  Pembangunan  Koperasi  Bahagian  Fungsi
      Sekolah-sekolah  melawat  Koperasi  Sekolah  Menengah  Teknik Pertanian
      Seri  Kayangan. Koperasi  Sekolah  Menengah  Seri  Kayangan  bersetuju
      untuk menyertai pertandingan koperasi  maju,  berjaya  dan baik
      pentadbirannya.  Ahli Lembaga  Pengarah  Koperasi  dan guru-guru
      bekerja dengan bersungguh-sungguh  untuk merealisasikan hasrat
      mereka. Hasil daripada usaha guru-guru dan murid-murid, akhirnya
      Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama.

      Persoalan
        1. Pentingnya pembentukan disiplin kepada murid-murid – Pengetua
          sekolah  merotan Munir  sewaktu  perhimpunan demi membentuk
          disiplin Munir yang semakin buruk. Hukuman rotan ini telah berjaya
          menginsafkan Munir lalu berubah menjadi baik.
        2. Kesanggupan memaafkan kesalahan pihak lain – Razali sedia memaafkan Munir
          yang  telah  memfitnahnya.  Dia  juga  sanggup  memberikan  tunjuk  ajar  dalam  hal
          pelajaran kepada Munir kerana Munir digantung persekolahan.
        3. Kasih  sayang  dalam keluarga –  Mak Sopiah mempertahankan Razali ketika dia
          dimarahi oleh Pak Zakaria. Mak Sopiah tahu akan kejujuran dan kebenaran Razali.


  88                                                                                                                                                                                    89






 02a RANGER BM PT3.indd   88                                                      28/06/2019   9:17 AM
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60