Page 13 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 13

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Rangkap 5  –  Penyajak  mahu menjadi  sukarelawan bagi mengubati kesedihan mangsa
                  perang. Penyajak ingin  menyedarkan masyarakat  dunia  mengenai kesan
                  buruk peperangan.
      Rangkap 6  –  Bagi penyajak, semua  pihak  harus berusaha untuk  membina  keamanan
                  sejagat.
      Tema
      Sajak ini bertemakan perasaan syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan kepada
      manusia.  Penyajak  menghargai  nikmat tersebut kerana manusia memperoleh  pelbagai
      manfaat.

      Persoalan
 Bab 2
        1. Begitu banyak  nikmat yang  dkurniakan  oleh  Tuhan  kepada  manusia  – Pemberian
          nikmat ini merupakan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada manusia.
        2. Berbakti kepada tanah besar faedahnya – Daripada usaha petani bercucuk tanam di
          tanah, mereka memperoleh rezeki.
        3. Pengorbanan anggota  tentera untuk mempertahankan  negara  – Kita haruslah
          menghargai pengorbanan anggota tentera yang berjuang demi kedaulatan negara.
        4. Pentingnya keamanan dunia – Masyarakat dunia harus berusaha untuk mewujudkan
          dunia yang lebih aman demi kesejahteraan bersama.
      Bentuk

          1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
        2. Baris setiap rangkap sajak berbentuk bebas.
        3. Setiap baris terdiri daripada dua patah perkataan hingga enam patah
          perkataan.

          4. Bilangan suku kata bagi setiap baris sajak ini ialah lapan hingga empat
          belas suku kata.
      Gaya Bahasa
        1. Sinkof – ku, mu
        2. Simile – kepadamu hujan bagai tetamu
        3. Personifikasi – ikan-ikan yang riang
        4. Metafora – darah kesetiaan
        5. Kata ganda – taman-taman

      Nilai
        1. Kesyukuran – Penyajak  mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan  yang  terlalu banyak
          kepada manusia.
        2. Kerajinan – Para  petani dan nelayan  rajin  bekerja  untuk mendapatkan  sumber
          makanan untuk masyarakat.
        3. Hormat-menghormati – Penyajak menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan
          anggota tentera yang sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

  46                                                                                                                                                                                    47






 02a RANGER BM PT3.indd   46                                                      28/06/2019   9:17 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18