Page 38 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 38

Bahasa Melayu Penggal 1  STPM  Bab 2 Fonologi
                                              me-…-i           (melalui, memasuki, menyedari)
                                              men-…-i          (mencurigai, mendendami, menziarahi)
                                              mem-…-i          (membaharui, membohongi, mempercayai)
                                              meng-…-i         (menganggotai, menggauli, mengekori)
                                              di-…-i           (didekati, dimulai, diadili)
        BAB                                   diper-…-kan      (diperdengarkan, diperlihatkan,
                                                               diperbahaskan)
      2                                       diper-…-i        (diperingati, diperbaharui)
                                              memper-…-kan     (memperdengarkan, memperlihatkan,
                                                               memperjuangkan)
                                              memper-…-i       (memperingati, mempercayai)
                                              ke-…-an          (kehujanan, kehausan, kepanasan)
                                          (iii) Apitan kata adjektif
                                              ke-…-an          (keinggerisan, keakraban, kecinaan)
                                        4  Contoh cara pengejaan kata terbitan bersisipan
                                          Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan,
                                          dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan
                                          sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata
                                          terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan
                                          yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.
                                          (a)  Sisipan kata nama
                                              -el-             (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
                                              -er-             (keruping, seruling, serabut)
                                          (b)  Sisipan kata adjektif
                                              -el-             (kelebak, selerak, gelembung)
                                              -er-             (gerodak, ker(e)lip)
                                              -em-             (gemilang, semerbak, gemerlap)
                                              -in-             (sinambung)
                                          (c)  sisipan kata kerja
                                              -el-             jelajah, gelegak

                                      C   Pengejaan kata majmuk
                                      Kata majmuk dieja terpisah dan bentuknya tidak boleh menerima sebarang
                                      penyisipan unsur lain. Misalnya, kapal terbang ialah kata majmuk kerana
             Layari laman web https://goo.
             gl/n6qzbV (klik4Feb6.pdf)   kapal terbang tidak dapat disisipkan unsur lain seperti “yang”.  Sebaliknya,
             untuk memperoleh maklumat   ibu bapa bukan kata majmuk kerana boleh diselitkan kata hubung “dan”
             tentang pengejaan istilah   pada perkataan ibu bapa.
             pinjaman bahasa Melayu.
                                        1  Contoh cara pengejaan kata majmuk rangkaian kata bebas
                                                   jalan raya            air hujan
                                                   hijau daun            terima kasih
                      INFO                         Raja Perempuan        Menteri Besar
                                                   Tengku Bendahara      Naib Canselor










            98






      02[BM STPM P1].indd   98                                                                        3/20/18   8:56 AM
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43