Page 40 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 40
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
5 Cara pengejaan penggandaan kata majmuk
(a) Kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata
sahaja yang digandakan.
kertas kerja → kertas-kertas kerja
mata pelajaran → mata-mata pelajaran
BAB (b) Kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman
penggunaan, dan seluruh kata digandakan.
2 setiausaha → setiausaha-setiausaha
tanggungjawab → tanggungjawab-tanggungjawab
E Pengejaan kata klitik
1 Kata klitik juga dipanggil kata ganti diri singkat merupakan kata
ganti diri yang berasal daripada kata ganti diri penuh. Empat kata
Klitik
klitik dalam bahasa Melayu, iaitu ku (aku), kau (engkau), mu (kamu),
dan nya (dia atau ia).
Proklitik Proklitik 2 Dalam penulisan, kata klitik mestilah ditulis dengan dicantumkan
↓ ↓
Hadir di Hadir dengan kata lain seperti imbuhan, kecuali apabila kata tersebut
depan di akhir bermaksud zat ketuhanan, mestilah diletakkan tanda sempang, dan
perkataan perkataan digunakan huruf besar. Kata klitik boleh hadir di hadapan kata dan
ada boleh hadir pada akhir perkataan.
3 Contoh pengejaannya dalam konteks ayat adalah seperti yang
berikut:
Contoh Pengejaan Menggunakan Kata Klitik
1 kau Jangan sekali-kali kauambil barangan orang!
Penagihan alkohol sesuatu yang mesti kaujauhi.
2 ku Keikhlasannya membantuku tempoh hari, tetap akan kukenang.
Lilin Syazana kupinjam.
3 mu Dia akan terus mengingati budimu itu.
Oh Tuhanku, lindungilah hamba-Mu yang lemah ini!
4 nya Soffi tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor.
Kita perlu memohon kerahmatan-Nya agar hidup kita sentiasa bahagia.
F Frasa sendi nama dengan kata sendi “di” dan “ke”
1 Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa
Melayu ialah di dan ke.
2 Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis
terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contohnya dalam ayat:
(a) Pengawal itu berkawal di tepi bangunan.
(b) Perlawanan bola diadakan di Kuala Terengganu.
(c) Qisti beristirahat di chaletnya pada hujung minggu.
100
02[BM STPM P1].indd 100 3/20/18 8:56 AM

