Page 39 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 39
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
D Pengejaan kata ganda
1 Cara pengejaan kata ganda penuh
Pengejaan kata ganda penuh melibatkan seluruh kata dasar tanpa
sebarang perubahan bentuk seperti yang berikut:
Kata dasar Hasil gandaan Catatan BAB
baldi → baldi-baldi KN tunggal 2
jentolak → jentolak-jentolak KN tunggal akronim
jurufoto → jurufoto-jurufoto KN berimbuhan dengan awalan
ilmuwan → ilmuwan-ilmuwan KN berimbuhan dengan akhiran
keindahan → keindahan-keindahan KN berimbuhan dengan apitan
2 Cara pengejaan penggandaan separa
Kata dasar Hasil gandaan Catatan
labi → la-labi → lelabi Penggandaan separa kata nama tunggal
buah → buah-buahan Penggandaan separa kata nama
berimbuhan
sayur → sayur-mayur Penggandaan berentak kata nama
pengulangan vokal
batu → batu-batan Penggandaan berentak pengulangan
konsonan
3 Cara pengejaan penggandaan berentak
(a) Contoh cara menulis kata ganda berentak pengulangan vokal
(mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu, iaitu
terdapat ciri-ciri keharmonian vokal): kuih-muih, lauk-pauk,
gotong-royong, hiruk-pikuk
(b) Contoh cara menulis kata ganda berentak pengulangan
konsonan (mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi
konsonan tertentu): batu-batan, dolak-dalik, huyung-hayang,
mundar-mandir, kucar-kacir
(c) Contoh cara menulis kata ganda berentak bebas (tidak
mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau
konsonan): saudara-mara, ulang-alik, lintang-pukang, lemah-
longlai
4 Cara pengejaan kata ganda semu
Kata ganda semu ialah kata ganda yang kata dasarnya tidak
mempunyai makna atau tidak dapat berdiri sendiri seperti:
masing → masing-masing
sia → sia-sia
kura → kura-kura
agar → agar-agar
99
02[BM STPM P1].indd 99 3/20/18 8:56 AM

