Page 42 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 42

Bahasa Melayu Penggal 1  STPM  Bab 2 Fonologi
                                        9  Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau
                                          frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contoh
                                          beberapa kesalahan berkaitan adalah seperti yang berikut:
                                          (a)  Dia termenung seketika di pagi yang sunyi itu.
                                          (b)  Abang masih menganggur di ketika itu.
        BAB                               (c)  Kerajaan Palembang berada pada puncak kegemilangan  di
                                              kurun ke-7.
      2                                10  Kata sendi nama  ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa
                                          nama. Pengejaan  ke terpisah daripada kata nama atau frasa nama
                                          yang  mengikutinya.  Contoh  penggunaan  ke  bagi  menunjukkan
                                          waktu atau masa:
                                          (a)  Haikal menanti kepulangan neneknya di stesen ini dari siang ke
                                              malam.
                                          (b)  Guru mengadakan ujian dari semasa ke semasa.
                                          (c)  Saya membaca nota ringkas itu hingga  ke minit terakhir
                                              sehinggalah semua calon diminta masuk ke dewan.
                                       11  Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
                                          atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
                                          (a)  Contoh beberapa  kesalahan berkaitan adalah seperti yang
                                              berikut:
                                              (i)  Maklumat itu telah dimaklumkan  ke pihak jabatan, pagi
                                                  tadi.
                                              (ii)  Pucuk-pucuk kayu itu diberikannya ke kambing.
                                              (iii) Hak milik lot tanah itu bertukar tangan daripada Syamil ke
                                                  Iqbal.
                                          (b)  Contoh penggunaan ke bagi menunjukkan tempat atau arah:
                                              (i)  Bapa akan ke Beijing dua minggu lagi.
                                              (ii)  Batrisyia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas
                                                  jalan raya.
                                              (iii) Danial dan rakannya pulang ke kampung.


                PRAKTIS STPM


           Jawab semua soalan.
             1   Kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk     3  Antara ayat yang berikut, yang manakah

                 dua suku kata pada kata dasar.                 mempunyai kata yang ejaannya tidak mematuhi
                                                                peraturan keselarasan vokal?
                Penyataan di atas merujuk konsep                I   Belut suka menjadikan selut sebagai
                A  keselarasan vokal                               habitatnya.
                B  pengejaan suku kata pinjaman                 II  Perabot yang dipesan itu semuanya
                C  penggabungan dua huruf vokal                    berjenama.
                D  penyesuaian dua huruf vokal                  III  Puan Hana dilantik sebagai calon untuk
                                                                   mengikuti program kecantikan.
             2  Perkataan yang manakah yang mengandungi tiga    IV  Perasaannya tertekan kerana salah seorang
                suku kata terbuka dan dua suku kata tertutup?      anggotanya telah belot.
                A  keseorangan     C  kebergantungan            A  I dan II        C  II dan III
                B  keterlaluan     D  permudahcaraan            B  I dan IV        D  I, II, dan III

           102






      02[BM STPM P1].indd   102                                                                       3/20/18   8:56 AM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47