Page 41 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 41
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
3 Contoh cara pengejaan kata majmuk istilah khusus
urus setia kertas cadangan
kajian tindakan kemas kini
4 Contoh cara pengejaan kata majmuk kiasan simpulan bahasa
betul bendul kepala batu BAB
mati katak ringan tulang
2
5 Cara pengejaan kata majmuk bentuk yang telah mantap, iaitu tetap
dieja bercantum sebagai satu perkataan
warganegara setiausaha antarabangsa
pesuruhjaya sukarela olahraga
beritahu suruhanjaya matahari
bumiputera tandatangan jawatankuasa
kerjasama tanggungjawab kakitangan
6 Contoh cara pengejaan beberapa perkataan yang tergolong dalam
golongan kata tertentu yang lazimnya dieja bercantum
kepada daripada kenapa bagaimana
apabila apakala manakala kadangkala
sukacita dukacita padahal darihal
peribahasa perikemanusiaan barangkali walhal
haribulan peribadi dinihari
7 Contoh cara pengejaan kata majmuk yang digandakan, iaitu
melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja
suku-suku kaum garis-garis penamat
struktur-struktur batuan model-model pegun
Ketua-Ketua Menteri Naib-Naib Pengerusi
Penolong-Penolong Pengarah Ketua-Ketua Delegasi
Bagaimanapun, terdapat kecualian bagi cara penulisan penggandaan
yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya
melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
pesuruhjaya-pesuruhjaya jawatankuasa-jawatankuasa
warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan
setiausaha-setiausaha
8 Contoh cara pengejaan kata majmuk yang menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan
(a) cara penulisan kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah
cari gali → mencari gali
ibu tiri → beribu tiri
(b) contoh cara pengejaan kata majmuk menerima imbuhan apitan,
ejaannya menjadi bercantum
ubah suai → pengubahsuaian
surat khabar → persuratkhabaran
101
02[BM STPM P1].indd 101 3/20/18 8:56 AM

