Page 46 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 46

Bahasa Melayu Penggal 1  STPM  Bab 2 Fonologi
                                        3  Fungsi tanda sempang (-)
                                          (a)  Menunjukkan kata gandaan.
                                              Contohnya: bergulung-gulung, bingung-bingung
                                          (b)  Menandakan penulisan transliterasi huruf Arab-Rumi.
                                              Contohnya: al-Quran
        BAB                               (c)  Memisahkan huruf kecil dengan huruf besar.
                                              Contohnya: hidayah-Mu, pro-Jepun
      2                                   (d)  Merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran
                                              -an.
                                              Contohnya: tahun 60-an
                                          (e)  Merangkaikan ke- dengan angka.
                                              Contohnya: ke-1001
                                        4  Fungsi titik bertindih (:)
                                          (a)  Memperkenal atau menambah keterangan. Contohnya:
                                              Dua hobi baharu Shah sejak akhir-akhir ini: melukis dan menari.
                                          (b)  Menyenaraikan sesuatu perkara. Contohnya:
                                              Tolong beli barang-barang yang berikut untuk Azman: sudip,
                                              sudu, senduk, dan cupak.
                                          (c)  Memisahkan judul kecil daripada judul buku. Contohnya:
                                              Teater Menara Gading: Prolog
                                          (d)  Memisahkan adegan dan drama/ lakonan/ filem. Contohnya:
                                              Getaran 3 : 2 (maksudnya adegan 3, babak 2)
                                          (e)  Memisahkan surah dan ayat al-Quran. Contohnya:
                                              al-Baqarah 2 : 12 (surah 2, ayat 12)
                                          (f)  Menunjukkan nisbah. Contohnya:
                                              5 : 7
                                        5  Fungsi koma bertitik (;)
                                          (a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat.
                                              Contohnya:
                                              Membaca dapat menambah ilmu; berfikir dapat mempertajam
                                              minda; jadikanlah kedua-dua perkara ini sebagai pegangan hidup
                                              kamu.
                                          (b)  Memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang
                                              bermula dengan kata hubung. Contohnya:
                                              Berat badan Fedila tidak turun; malah bertambah naik.
                                          (c)  Memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat
                                              dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya:
                                              Kepada mangsa yang terselamat, diucapkan syukur; kepada
                                              mangsa  yang tercedera,  diminta tabah;  dan kepada keluarga
                                              mangsa yang meninggal dunia, diucapkan takziah.
                                        6  Fungsi tanda tanya (?)
                                          (a)  Pada akhir ayat tanya. Contohnya:
                                              Di manakah rumah Naim?
                                          (b)  Pernyataan yang diragui kesahihannya. Contohnya:
                                              Dalam kejadian pergaduhan di tepi galeri (?) tempoh hari,  Nasir
                                              telah dilempang oleh anak buahnya sendiri.
                                        7  Fungsi tanda seru (!)
                                          Menandakan pernyataan seruan. Contohnya:
                                          Wah, besarnya rumah kamu!

           106






      02[BM STPM P1].indd   106                                                                       3/20/18   8:56 AM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51