Page 20 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 20

Bahasa Melayu PT3  Bab 1 Sistem Bahasa

                           Kata Penguat                         Ayat Contoh
                      Kata penguat hadapan
                      •  agak               •  Majlis yang diadakan di dewan kecil itu agak meriah.   Bab 1
                      •  cukup              •  Nenek cukup cerewet apabila memasak.
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      •  kurang             •  Abang kurang teliti ketika melakukan kerja.
                      •  makin              •  Selera makannya makin kurang sejak sakit.
                      •  paling             •  Ammar paling bijak di kelasnya.
                      •  terlalu            •  Dia terlalu gembira kerana berjaya memperoleh kerja.
                      Kata penguat belakang
                      •  benar              •  Susah benar latihan sains itu.
                      •  betul              •  Kaya betul usahawan itu.
                      •  nian               •  Indah nian pemandangan di tasik itu.
                      •  sekali             •  Bayi itu comel sekali.
                      Kata penguat bebas
                      •  amat               •  Wajahnya amat cantik.
                      •  sangat             •  Peniaga itu rajin sangat.
                      •  sungguh            •  Rumah itu sungguh besar.
                      Kata penguat hadapan
                      dan belakang
                      •  amat … sekali      •  Murid itu amat pandai sekali.
                      •  sungguh … sekali   •  Perniagaannya sungguh maju sekali.
                      •  sangat … sekali    •  Pengurus koperasi sekolah itu sangat baik sekali.


                  Kata Penegas
                    1. Kata penegas berfungsi untuk menekankan atau menegaskan
                      bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu ayat.
                    2. Yang berikut merupakan penerangan tentang penggunaan kata penegas.

                          Kata
                        Penegas         Fungsi                      Ayat Contoh
                      •  -kah     hadir dalam frasa   •  Mengapakah dia tidak datang ke sini?
                      •  -lah     predikat yang     •  Dialah pengusaha  keropok lekor yang  terkenal
                                  dikedepankan        itu.
                      • -tah                        •  Bilatah masa itu akan tiba.

                      •  juga / jua tambahan sesuatu   •  Mereka juga akan ke Kuala Lumpur esok.
                      •  lagi     perkara           •  Dia belum menyiapkan kerja itu lagi.
                      •  pun                        •  Kami pun gemar makan nasi ayam.
                      •  turut                      •  Ayah turut hadir dalam mesyuarat itu.
                      •  memang   sesuatu yang benar  Memang sukar untuk saya menolak tawaran itu.
                      •  hanya    sesuatu yang terhad •  Hanya beberapa  orang tamu menghadiri  majlis
                      •  sahaja                       itu.
                                                    •  Ibu sahaja yang dibenarkan masuk ke wad itu.




                                                       13





         01 RANGER BM PT3.indd   13                                                         14/03/2022   9:09 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25