Page 18 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 18
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
bila menanyakan masa Bilakah mereka ke pusat sumber?
mana menanyakan tempat Ayah menjalani kursus pengurusan itu di
mana? Bab 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
mengapa menanyakan sebab Mengapakah Yusri, John Lim, serta
Thiagarajan ke kedai?
siapa menanyakan orang Siapakah yang membayar semua hutang itu?
Kata Perintah
1. Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk menimbulkan tindakan mengikut
arahan, larangan, perintah, permintaan, atau silaan pihak tertentu.
2. Kata perintah membentuk ayat perintah.
3. Partikel ‘lah’ boleh diletakkan bersama-sama kata perintah untuk menjadikan ayat
perintah itu lebih lembut.
4. Yang berikut merupakan contoh kata perintah, fungsinya, dan contoh penggunaannya.
Kata Perintah Fungsi Ayat Contoh
harap / minta / tolong meminta sesuatu • Harap awak tidak akan melupai saya.
• Minta hadir dalam mesyuarat itu.
• Tolong bawa alat tulis itu ke sini.
jangan / usah melarang sesuatu • Jangan takut menghadapi cabaran.
• Usah bimbang akan hal itu.
jemput / sila mengajak seseorang • Jemputlah datang ke majlis kami.
• Sila masuk ke pejabat saya.
Kata Pembenar
1. Kata pembenar ialah kata yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan.
2. Yang berikut merupakan contoh kata pembenar, fungsinya, dan contoh penggunaannya.
Kata Pembenar Fungsi Ayat Contoh
benar / betul / ya mengesahkan • Benar, dialah yang menyiapkan tugasan itu.
sesuatu atau • Betul, saya akan mengikuti program itu.
membenarkannya • Ya, usahanya sudah berjaya.
Kata Bantu
1. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk membantu menerangkan
sesuatu kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi nama.
2. Terdapat dua jenis kata bantu, iaitu:
(a) kata bantu aspek
(b) kata bantu ragam
3. Kata bantu aspek digunakan untuk menerangkan masa. Yang berikut
merupakan penerangan tentang penggunaan kata bantu aspek.
11
01 RANGER BM PT3.indd 11 14/03/2022 9:09 AM

