Page 17 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 17
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
Kata Seru
1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama
ada benci, gembira, hairan, kagum, marah, sedih, suka, terkejut, dan sebagainya.
2. Kata seru membentuk ayat seruan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
3. Dalam penulisan, tanda seru (!) diletak di akhir ayat seruan.
4. Yang berikut merupakan contoh kata seru, fungsinya, dan contoh penggunaannya.
Kata Seru Fungsi Ayat Contoh
aduh menyatakan kesakitan Aduh, sakitnya gigi aku!
aduhai menyatakan kesedihan Aduhai rakanku, pulanglah untuk
menziarahi ibumu!
ah menyatakan tidak setuju Ah, banyak betul peraturan syarikat ini!
amboi menyatakan perasaan hairan Amboi, kemasnya kerja awak!
atau kagum
cis menyatakan kesedihan Cis, berani kamu menipu saya!
eh menyatakan terkejut atau Eh, lain betul wajah Andi sekarang!
hairan
hai menarik perhatian Hai, selamat datang ke sini!
nah memberikan sesuatu Nah, terimalah hadiah daripada saya!
syabas menyatakan tahniah Syabas, awak berjaya!
wah menyatakan kekaguman Wah, rajin betul kamu hari ini!
wahai menyatakan kesedihan atau Wahai pemuda, bangkitlah segera!
menarik perhatian
Kata Tanya
1. Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan seseorang atau sesuatu.
2. Kata tanya membentuk ayat tanya.
3. Dalam penulisan, tanda soal (?) diletak di akhir ayat tanya.
4. Partikel ‘kah’ diletakkan bersama-sama kata tanya sekiranya kata tanya di awal
ayat.
5. Yang berikut merupakan contoh kata tanya, fungsinya, dan contoh penggunaannya.
Kata Tanya Fungsi Ayat Contoh
apa menanyakan perkara Apakah yang sedang dilakukan oleh Nadia?
bagaimana menanyakan cara atau Bagaimanakah sikap Jameela sejak ibu
keadaan bapanya kemalangan?
berapa menanyakan bilangan Berapakah pendapatan kakak kamu sebulan?
10
01 RANGER BM PT3.indd 10 14/03/2022 9:09 AM

