Page 25 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 25
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
1.2 Pembentukan Kata
1. Terdapat empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
(a) kata tunggal (c) kata ganda
(b) kata terbitan (d) kata majmuk
2. Kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada satu morfem bebas yang
tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan. Terdapat kata
tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan ada kata
tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
Contoh kata tunggal satu suku kata ialah am, bank, cat, skru, dan yu.
Contoh kata tunggal dua suku kata ialah adik, air, aku, emas, dan ubi.
Contoh kata tunggal tiga suku kata ialah biawak, cuaca, suara, dan tuala.
Selain itu, akronim (singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal) juga
termasuk dalam jenis kata tunggal.
Contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan
Sosial), dan tabika (taman bimbingan kanak-kanak).
3. Kata terbitan ialah kata yang terhasil melalui proses pengimbuhan. Antara jenis
pengimbuhan ialah:
(a) Imbuhan awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar, contohnya berlari,
melompat, sepanjang, dan terbuka.
(b) Imbuhan akhiran – imbuhan yang hadir selepas kata dasar, contohnya berikan,
lukisan, dan nikahi.
(c) Imbuhan apitan – imbuhan yang hadir sebelum dan selepas kata dasar, contohnya
dikuasai, mendekatkan, dan perbandingan.
(d) Imbuhan sisipan – imbuhan yang hadir di celah kata dasar, contohnya jejari,
kemetot, dan semerbak.
4. Kata ganda ialah kata dasar yang mengalami proses pengulangan, contohnya api-api,
berjalan-jalan, dan tergagap-gagap.
5. Kata majmuk ialah kata yang terbina daripada proses penggabungan dua kata atau
lebih yang membawa maksud baharu, contohnya lemah longlai, semak samun, dan uji
kaji.
6. Terdapat tiga proses pembentukan kata, iaitu pengimbuhan, penggandaan, dan
pemajmukan.
1.2.1 Pengimbuhan
1. Terdapat empat jenis bentuk imbuhan yang membentuk kata
terbitan, iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan Kata Dasar
apitan, dan imbuhan sisipan. dan Kata
Berimbuhan
2. Kata terbitan berawalan meliputi: VIDEO
(a) awalan kata nama
• eka- (contohnya ekapaksi, ekawarna)
18
01 RANGER BM PT3.indd 18 14/03/2022 9:09 AM

