Page 15 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 15
Bahasa Melayu PT3 Bab 1 Sistem Bahasa
1.1.4 Kata Tugas
1. Kata tugas ialah perkataan yang mendukung sesuatu tugas Kata
tertentu dalam binaan ayat. Tugas
2. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penegas, penguat, VIDEO
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1
penafi, dan lain-lain.
3. Kata tugas terbahagi kepada kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah,
kata pembenar, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri,
kata sendi nama, kata arah, kata bilangan, kata pangkal nama, kata penekan, dan
kata pembenda.
Kata Hubung
1. Kata hubung ialah perkataan yang menghubungkan perkataan dengan
perkataan, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.
2. Terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu:
(a) kata hubung gabungan
(b) kata hubung pancangan
(c) kata hubung berpasangan
3. Kata hubung gabungan menghubungkan dua atau lebih ayat tunggal
untuk membentuk ayat majmuk.
Kata Hubung
Gabungan Fungsi Ayat Contoh
atau sebagai pilihan Ayah akan ke Sabah atau ke Sarawak lusa.
dan menggabungkan Fikri dan Fahmi ke pusat sumber.
kecuali menunjukkan Semua hutang sudah dibayarnya kecuali hutang
kekecualian kereta.
lalu berturutan Guru masuk ke kelas lalu mengajar murid-murid.
maka kesan sesuatu Dia rajin, maka dia berjaya.
malahan penambahan Jameela baik hati malahan berbudi bahasa.
sambil perbuatan serentak Andi membaca buku sambil mendengar radio.
serta menggabungkan Yusri, John Lim, serta Thiagarajan ke kedai.
tetapi bertentangan Dia kaya tetapi tidak sombong.
4. Kata hubungan pancangan dipancangkan atau dimasukkan dalam dua ayat tunggal
untuk membentuk satu ayat majmuk.
5. Terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:
(a) kata hubung pancangan relatif
(b) kata hubung pancangan komplemen
(c) kata hubung pancangan keterangan
8
01 RANGER BM PT3.indd 8 14/03/2022 9:09 AM

