Page 60 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 60
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
bersama-sama keluarga melakukan aktiviti sampingan seperti bersenam dan menonton
televisyen. Murid juga dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang
sihat dan otak yang cerdas. Keadaan ini dapat menanamkan sifat bertanggungjawab
dan berdisiplin dalam diri mereka. Melalui cara ini, murid dapat mengamalkan hidup
yang berdisiplin dan bermakna. Faedah menguruskan masa ialah murid-murid berupaya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
untuk menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk membaiki
kelemahan diri dalam pelajaran dengan membuat latihan dan menghadiri kelas
tambahan. Mereka boleh membuat kerja kebajikan seperti melibatkan diri
dalam kerja gotong-royong, aktiviti membersihkan kawasan perumahan,
dan membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Sebagai murid, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran
tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, agama,
dan aktiviti kemasyarakatan. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan
betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya
melahirkan modal insan yang berjaya.
Jawapan
Petikan membincangkan kepentingan pengurusan masa secara berkesan
Bab 3
terhadap murid-murid. Antaranya, murid dapat memanfaatkan masa untuk mengulang
kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Mereka juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan memanfaatkan masa bersama-sama keluarga bagi memupuk kasih
sayang. Mereka juga dapat menjalankan kegiatan riadah untuk menyihatkan badan.
Antara cabaran pengurusan masa ialah kesibukan murid dengan aktiviti di sekolah dan
kegiatan kokurikulum. Selain itu, disiplin kendiri yang lemah menyebabkan murid gagal
menguruskan masa. Kesimpulannya, semua pihak haruslah meningkatkan pengurusan masa
murid agar dapat melahirkan generasi yang berketerampilan.
Model 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada
penstrukturan kelas dengan memberikan perhatian terhadap pembangunan potensi murid
secara holistik dan bersepadu.
Iklim bilik darjah yang kondusif juga memberikan penekanan terhadap kelas
bercampur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian. Setiap murid
mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Sehubungan
dengan itu, percampuran murid cemerlang dengan murid lemah dalam satu kelas yang
sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi
yang positif terhadap budaya pembelajaran murid berdasarkan kelebihan yang dimiliki.
224
03 RANGER BM PT3.indd 224 14/03/2022 9:11 AM

