Page 56 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 56
Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
3.3.2 Ringkasan
Model 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ringkasan tentang kepentingan pelancongan di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Industri pelancongan di negara kita berpotensi besar untuk menjadi sumber ekonomi
yang berdaya maju. Terdapat banyak faktor tarikan di negara kita seperti keindahan
alam sekitar dan pembangunan pesat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kerajaan terus
memperkasa industri ini agar membawa impak yang lebih besar kepada rakyat dan
negara.
Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan pelancong
asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.
Pelancongan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara kita.
Pekerja diperlukan dalam industri hotel, pengangkutan, makanan, dan cenderamata.
Bab 3
Selain itu, perkembangan industri pelancongan akan meningkatkan permintaan tenaga
kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini pada peringkat pengurusan
dan penyeliaan. Golongan pekerja mahir dan separa mahir akan mendapat
peluang untuk bekerja dalam sektor ini. Malahan, kemajuan sektor ini
juga akan melahirkan lebih ramai usahawan terutama dalam
kalangan bumiputera. Mereka berkecimpung dalam industri inap
desa, makanan ringan, dan pengangkutan.
Sektor pelancongan juga mampu menarik pelabur asing ke
negara kita. Kemasukan pelabur asing ini mampu memberikan pulangan
cukai kepada negara di samping merancakkan industri pelancongan negara.
Sektor pelancongan juga memangkinkan kepesatan perniagaan di negara
kita. Para pelancong yang datang ke negara kita akan berbelanja
untuk membeli produk kraf tangan sebagai oleh-oleh. Namun
demikian, para peniaga jangan pula mengambil jalan singkat dengan
mengenakan harga yang mahal kepada para pelancong. Industri pelancongan juga akan
membolehkan Malaysia mempromosikan produk tempatan agar dikenali ke serata dunia.
Produk keluaran tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan daripada industri kecil dan
sederhana (IKS), dan pelbagai lagi akan terkenal pada peringkat antarabangsa melalui
pelancong yang berkunjung ke negara ini.
Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang penting
untuk menjana kemajuan ekonomi negara. Oleh itu, usaha yang padu antara semua
pihak termasuk masyarakat amatlah diperlukan kerana industri ini mampu memberikan
pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi individu, keluarga, rakyat, dan negara.
220
03 RANGER BM PT3.indd 220 14/03/2022 9:11 AM

