Page 58 - Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu
P. 58

Bahasa Melayu PT3  Bab 3 Pemindahan Maklumat
               berminat belajar  akan  mudah  terpengaruh  dengan semangat  belajar  yang  terdapat
               dalam kalangan mereka. Mereka akan berasa cemburu akan rakan yang rajin belajar dan
               berusaha untuk bersaing dengan mereka. Persaingan secara sihat sebegini sudah tentu
               memberikan kesan yang baik terhadap prestasi murid.
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    Namun  begitu,  kumpulan perbincangan itu ada  juga  keburukannya. Bagi  sesuatu
               perkara  yang  rumit dan memerlukan  kebolehan  intelektual,  perbincangan lebih  banyak
               memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

               Jawapan
               Belajar secara  berkumpulan membolehkan  murid bertukar-tukar pendapat  tentang
               sesuatu topik pelajaran. Selain itu, pemahaman  tentang sesuatu perkara dapat
               dipertingkatkan dan nota hasil perbincangan dapat disusun dengan rapi. Belajar secara
               berkumpulan juga  mampu  meningkatkan kepantasan  belajar kerana wujud persaingan
               sesama ahli kumpulan. Malahan, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara
               yang sukar difahami oleh ahli lain. Belajar secara berkumpulan juga dapat meningkatkan
               semangat  belajar dalam  kalangan ahlinya.  Akhir  sekali,  kumpulan  perbincangan dapat
               meningkatkan keberkesanan belajar setiap ahli kumpulan.
        Bab 3


                PRAKTIS      FORMATIF           3.3.2


                 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,  tulis sebuah ringkasan
                 tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
                 tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
                 sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

                 Rukun Negara ialah ideologi  kebangsaan  Malaysia. Ideologi  ini telah dibentuk pada
                 31 Ogos  1970 oleh  Majlis  Gerakan  Negara.  Terdapat  lima  prinsip  Rukun  Negara,
                 iaitu  Kepercayaan  kepada  Tuhan,  Kesetiaan  kepada  Raja dan  Negara,  Keluhuran
                 Perlembagaan,  Kedaulatan  Undang-undang,  dan  Kesopanan dan  Kesusilaan.  Namun
                 demikian, kesedaran rakyat tentang Rukun Negara belakangan ini semakin terhakis.
                     Kerajaan disarankan agar melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana
                 penghayatan  terhadap Rukun  Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat  Malaysia.
                 Malahan, ada dalam kalangan generasi muda sekarang yang tidak mengetahui kandungan
                 prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak berpuluh-puluh
                 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun
                 Negara kerana beranggapan bahawa Rukun Negara tidak penting disebabkan negara
                 sudah aman dan makmur.
                     Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Hampir
                 lima dekad negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina
                 tapak yang  menjadi  asas keharmonian  dan  perpaduan  kaum. Rukun  Negara  menjadi
                 panduan bagi rakyat untuk memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup
                 bermasyarakat serta bernegara. Selain itu, Rukun Negara bermatlamat untuk membentuk
                 masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.



                                                    222





         03 RANGER BM PT3.indd   222                                                        14/03/2022   9:11 AM
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63